Thursday, 7 July 2011

PART 4

      Sesak. Perkataan yang sesuai untuk suasana di tengah kota Kuala Lumpur. Shah dan Kamal berjalan tanpa destinasi tetap. Mereka hanya ingin membuang masa sambil mencuci mata melihat barang yang di promosi di kedai-kedai. Sesekali Kamal membeli barang kegemarannya sekiranya di temui.


    "Apa yang engkau kata suprise tu?" Shah bertanya pada Kamal di saat mereka membelek kasut di kedai jenama. Dia teringat akan kata-kata Kamal sewaktu mereka bersiap di hotel.

    "Ooh! Hmm hampir aku lupa. Lepas ni kita nak pergi jumpa seseorang. Aku rasa dah sampai masa aku bagitau ko hal ni. Haha". Kamal tersengih. 'Apalah suprise dia ni' bisik Shah dalam hati sambil menyerahkan kasut pada Kamal. "Aku dah lapar la Kamal". Shah menggosok perutnya sambil menepuk belakang Kamal. "Ai? Baru je pun kita sarapan tadi. Aish engkau ni memang perut gajah la haha" Kamal ketawa terbahak-bahak. "Ok jom lah. Lagipun orang tu dah nak sampai. Kita pergi gerai tempat biasa tu ok. Macam zaman dulu-dulu" Kamal mengorak langkah ke kaunter pembayaran untuk membayar kasut yang baru di pilihnya. 'Macam dulu-dulu? Eh ni mesti ada something ni' Shah cuba mencari jawapan kepada kata-kata Kamal sebentar tadi dalam hatinya. 

      "Dah la,kau tunggu je nanti. Kejap lagi dia sampai" Kamal tersenyum sambil matanya peka mencari teksi yang lalu lalang. Sebentar kemudian sebuah teksi berhenti dan mereka menaikinya. " Ada kaitan dengan aku ke suprise ko ni?" Shah masih tidak berpuas hati dengan gelagat Kamal yang seperti menyembunyikan sesuatu daripadanya. " Ish,kau tak faham bahasa ke apa? Relax je la Shah haha" Kamal masih tidak mahu mengalah. Baginya melihat muka sahabatnya kehairanan adalah hiburannya sejak dari dulu lagi. Shah mengalah. Setelah hampir 15minit mereka sampai ke destinasi. Shah membayar harga teksi sementara Kamal menjawab panggilan telefon. Kemudian keduanya bergerak ke gerai yg di tuju.

     "Wah dah berubah gerai ni kan. Lebih cantik dari dulu" Kamal berkata dengan nada kagum. Shah mengangguk tanda setuju. "Dah lama tak pegi sini sejak kita habis study kan? 4 tahun kita makan kat sini haha" Shah berkata perlahan sambil memetik jarinya. "Tu la pasal aku bawa kau datang sini Shah.Kira suprise tambahan la untuk ko haha" Kamal menjawab pantas. "Eh shah,ko oder dulu sementara aku amik orang tu. Aku nak nasi goreng pataya ok" Kamal bangun meninggalkan Shah tanpa sempat Shah menjawab arahannya. 'Gila dia ni. Sapa lagi yang dia ajak makan sekali pun tak tau' Shah merengus dalam hati.


    "Assalamualaikum abg Shah" suara manis kedengaran. Shah berpaling dan pantas menutup mulutnya. Kalau tak satu KL akan dengar jeritannya. " Waalaikusalam..Farah! Haha! Ooo ni la suprise kau ya Kamal!" Shah menepuk dahi Kamal. "Ok tak? Kira memang jadi la suprise aku kan? Haha" Kamal ketawa berdekah melihat telatah Shah. 

    Shah menyambut telapak tangan Farah yang bersalaman dengannya. Farah mencium tangan Shah tanda kasih dan hormatnya pada orang yang di anggap seperti abang kandungnya sendiri. Sejak dari zaman kanak-kanak mereka bertiga telah bersama. Shah yang berumur lebih tua adalah seperti abg sulung pada kamal dan Farah. "Ohh patut Kamal kata macam dulu-dulu" Shah teringat kata Kamal sewaktu di kedai kasut tadi. Gerai tersebutlah tempat pertama Farah di bawa oleh kedua mereka sewaktu mula-mula menjejak kaki di Kuala Lumpur. Selepas setahun Shah dan Kamal telah tamat pengajian dan Farah sendiri sudah lama tidak singgah ke gerai kenangan mereka.

      "Kamu sihat ke Farah?Lama abg tak dengar cerita kamu ni. Walau rumah kita sebelah menyebelah makcik Ros jarang cerita pasal kamu ni" Shah memulakan perbualan mereka. " Alah abg bukan tak tau perangai mak Farah tu. Dia lebih suka jaga tepi kain orang dari kain anak sendiri ni" farah menjawab dengan nada sedikit kesal. "Farah,tak baik cakap macam tu. Macam mana pun dia mak farah juga" Kamal menyampuk.  Farah mengangguk tanda setuju. "Hmm Shah,mcm ni. Kita makan dulu. Ada benda kami nak bagitau lepas makan nanti" Kamal memandang shah menanti jawapannya. "Ok. No problem! Yang penting hari ni dompet aku simpan. Aku nak makan banyak-banyak ni. Korang dua pilih la sapa nak bayar haha!" Shah menepuk kedua bahu Farah dan Kamal. Dengan muka masam Kamal membuat isyarat bahawa dia akan membayarnya nanti.  



Wednesday, 6 July 2011

PART 3

  


      "Happy Birthday to you! Happy birthday to you! Happy birthday to you Diana!! happy birthday to you!!" Farid dan Salmah bertepuk tangan sambil tersenyum kegembiraan melihat anak perempuan kesayangan mereka. Diana menuju ke arah kedua orang tuanya dan memeluk mereka erat. " Thanks daddy,mummy!! Diana tak sangka pula ada suprise mcm ni. Ingatkan takde orang ingat birthday Diana". Diana yang baru pulang dari pejabat menunjukkan muka tanda merajuk kepada orang tuanya. Dia mendapat panggilan tengahari tadi dari ayahnya yang mereka akan balik ke kampung menjenguk nenek Diana . Diana yang pada mulanya berat hati terpaksa bersetuju untuk tinggal di rumah seorang diri. " Mana mungkin mummy lupa birhday Diana. Mummy sygkan Diana. Diana la satu2 nya anak mummy dgn daddy". Diana mengesat air matanya yang mengalir tanpa di sedari. " Daddy ada satu lagi suprise untuk Diana. Tengok sapa yang datang". Diana menoleh ke arah pintu dan hampir tidak percaya dengan apa yg di lihatnya.

       "Daniel!! Oh my god!! Kenapa tak bagitau you nak balik?!" Diana berlari meluru ke arah tunang kesayangannya. Daniel bekerja di sebuah syarikat swasta di luar negara. Daniel jarang balik melainkan ada perayaan atau atau  tugas yang memrlukan dia pulang ke tanah air. " Kenapa i perlu nak bagitau you sedangkan i nak buat suprise untuk you?" Sahut Daniel sambil menatap muka Diana. Diana tersipu-sipu malu di depan kedua orang tuanya. Daniel dan Diana telah bertunang selama dua tahun. Perkahwinan mereka masih belum dapat di tentukan kerana Daniel belum mendapat arahan untuk kembali bertugas di tanahair. " This is for you,open it". " Wow! Thank you Daniel..So sweet" Daniel bergerak ke belakang Diana dan mengalungkan rantai berlian di leher Diana."Jemput makan semua" Farid mencelah tatkala meliahat pasangan yang di lamun rindu tersebut semakin asyik.

          "Macam mana kerja kat sana Daniel?" Farid membuka topik perbualan mereka di meja makan. "Semuanya baik Uncle. Setakat ni berjalan lancar dan tak lama lagi kami akan melancarkan projek baru. Uncle mcm mana?" "Uncle macam biasa. Semuanya Diana yang uruskan sekarang. Uncle cuma duduk dan memerhati je" Farid berseloroh . Salmah mencelah " Alah awak ni jangan la nak membebankan sangat anak kita tu"
         " Tak apa la mumy. Dah mmg tanggungjawab Diana juga kan". sampuk Diana kerana tak mahu ayah dan ibunya bertekak.Makan malam di teruskan denagn celoteh Farid.

      Setelah selesai makan,Daniel dan Diana bersiar di halaman rumah Diana. "You bila nak pindah sini Daniel?" Daniel diam. Soalan yang sama datang dari mulut Diana tiap kali mnereka bertemu. "Diana,tak kan you tak faham lagi kerja i. I ada komitmen kat sana. You sabar je la ok". Diana hanya membisu. Selama dua tahun inilah jawapan Daniel. Tiap kali di ajukan perkara yang sama Daniel pasti akan mengelak. Diana melepaskan tangan Daniel dan mendiamkan diri. " Syg..i janji dgn you hujung tahun ni i akan pindah balik sini ok. jamngan lah mcm ni" Dania hanya mendiamkan diri.

       "Syg please..i janji kali ni i betul akn pindah sini.Lepas tu kita kawin ok". "Betul ni?" Diana tak mampu melawan panahan mata Daniel. " Yup.I promise!". Mereka berpelukan. Namun Diana tidak mahu meletak harapan yang tinggi kali ini. Hampir dua tahun dia mendengar kata-kata yang sama dari Daniel. 'Semoga kali inikau tepati janji mu Daniel' bisik Diana di dalam hatinya.

PART 2

           Jamilah turun ke halaman rumah seperti biasa. Rutin hariannya membersihkan halaman rumah mereka meskipun daun yang gugur tak seberapa. "anak kau pergi bercuti ke Milah?" kedengaran suara dari arah belakang. Sekilas dengar Jamilah tahu itu adalah suara jirannya,Rosnah. "Aah Ros. Biasalah orang bujang. Ada je aktivitinya. Lagipun anak aku tu jarang amik cuti rehatkan fikiran. Asyik sibuk memanjang kat pejabat tu" Jamilah mempersilakan jirannya untuk duduk bersamanya di pondok bawah pokok. Pondok itu adalah hasil tangan arwah suaminya dan Shah suatu ketika dahulu. "Patut la awal subuh dah bising dengan suara Kamal anak si Pak Tam tu." Jamilah tersenyum. Seluruh kampung tahu Shah dan Kamal berkawan rapat sejak dulu. " Biasalah Ros, Anak aku tu tak kan ke mana melainkan dengan sahabat baik dia tu. Nak harap dia keluar dengan anak gadis, alamatnya sampai berjanggut lah aku Ros". Kedua warga emas itu ketawa sambil menggelengkan kepala.

        "Engkau tak usahakan ke carikan jodoh untuk si Shah tu Milah?. Budak tu dah makin dewasa dah. Bukan remaja lagi. Tak kan la kau nak tunggu dekat nak nazak nanti baru nak suruh dia kawin". Sambil membetulkan kainnya,Rosnah mengomel tentang anak jirannya tu. Sifat semulajadi orang dulu-dulu. Duduk melepak sambil cerita hal orang lain. Jamilah tersengih mendengar ngomelan Rosnah. "Aku ni dah berbuih dah mulut ni Ros. Hampir tiap hari dah aku suruh dia cari menantu untuk aku ni. Bila aku nak carikan untuk dia,macam-macam la alasan yang di berikan. ko faham je la anak zaman sekarang. Dulu-dulu zaman kita nak kawin,orang tua kita je yang uruskan. Kita cuma taat. Zaman sekaranag jangan harap lah Ros. Aku ni tak kisah la sangat. Yang penting pandai2 la si Shah tu buat pilihan". Jamilah memberi jawapan penuh agar Rosnah tidak meneruskan ngomelannya.



          "Anak Pak tam tu pun sama. Tak kawin-kawin lagi. Jangan-jangan dorang Shah dan kamal ni pasangan kot?" Rosnah menyindir Jamilah sambil matanya melihat ke arah lain. "Kau ni Rosnah. Astaghfirullah. Dari dulu sampai sekarang mulut kau ni memang teruk. Anak aku kau cakap macam tu. Lagi-lagi anak Pak Tam tu. Budak tu bukan main baik dengan kau tau tak. aish buanglah pemikiran tak tentu tu Ros. Bawa-bawa lah bertaubat. Kita ni tak lama ke kubur dah jawabnya". Jamilah menggeleng melihat Rosnah. Jiran merangkap kawannya sejak dulu memang mulut laser. Pantang ada ruang untuk mereka cerita. "Anak kau bila balik? asyik cerita pasal anak aku je. Bagitau la ehwal anak ko pula. Entah-entah dah ikut negro pergi Afrika". Puas hati Jamilah membalas sindiran Rosnah. Rosnah yang sejak tadi tersengih mula terdiam. Dia mula menggaru kepalanya yang sebenarnya taklah gatal. Hanya gerakan spontan sementara mencari jawapan untuk soalan Jamilah. "Farah ada telefon semalam. Katanya bulan depan dia balik. Dah habis dah pengajian dia kat Kuala Lumpur tu. Bagus lah juga dia dah nak balik. Anak lelaki aku kat rumah ni tak boleh harap. Asyik lepak je kerjanya". Rosnah mengeluh seketika mengenang nasibnya. Jamilah hanya diam. Dia tahu perihal anak lelaki Rosnah yang memang menjadi buah mulut org kampung.

        "Eh,si Farah dah nak balik? Wah! Bagus la macam tu. Ada juga tolong kau kat dapur nanti kan". Jamilah sengaja mengubah topik untuk tidak menambah rasa sedih jirannya itu. "Apa kata kita jodohkan anak kau si Shah tu dengan Farah?" Rosnah tiba-tiba mengetengahkan pendapatnya. Jamilah tersentap. Bukan sekali dia pernah cadangkan perkara yang sama dengan Shah.

      "Apa kurangnya anak makcik Rosnah tu Shah?"  terngiang di telinga Jamilah saat perbualan dia dengan Shah satu ketika dahulu. "Mak..Shah dah kenal Farah tu sejak kecil la mak. Shah dah anggap Farah tu dah macam adik Shah sendiri. Tak kan la mak nak suruh Shah kawin dengan Farah". Jamilah terdiam tanda setuju dengan kenyataan Shah. Memang sejak kecil Shah dan Farah telah membesar bersama. Shah yang merupakan anak tunggal selalu kesunyian di rumah mereka. Farah dan Kamal adalah keceriaan Shah sejak kecil walaupun mereka bukan adik beradik kandung.

       "Hey orang tua! kau termenung dah jauh ke mana tu Milah? Ya Allah..Dah umur macam ni ada angan-angan lagi ke?" Rosnah menepuk belakang Jamilah yang sejak tadi termenung. "Eh,minta maaflah Rosnah. Aku cuma cuba nak ingat mcm mana nak buat tempoyak. Maklumlah dah tua-tua ni. Dah nak hilang ingatan. Jom la masuk rumah aku. Kau tolong aku buat tempoyak ye Ros" Jamilah cepat menukar angin perbualan mereka sebentar tadi. Rosnah tanpa banyak bicara melangkah naik ke rumah Jamilah. Jamilah hanya memandang sambil melangkah dan sempat berpaling ke arah pondok tempat mereka duduk sebentar tadi. Tersedik di dalam hatinya 'Abang,alangkah baiknya jika abang masih hidup' .

PART 1

         "Hello?" "Shah! Ya Allah kau tak bangun lagi ke? Dah nak jam 4 ni!" Shah menoleh ke arah jam. "Kenapa la engkau tak kejutkan aku jam 3 tadi. Ni dah pukul 4 baru nak kecoh" Shah berseloroh untuk meng'cover' kelambatannya. "Bertuah punya budak. Aku dah kejut kau dari jam 2 pagi lagi la. Dah-dah engkau cepat bersiap, dalam 15 minit aku sampai" Shah tersenyum memikirkan kawan baiknya Kamal. Sejak dari dulu Kamal memang jenis menepati masa. Sejak semalam lagi Kamal dah pesan supaya dia bangun awal. Well, Shah tetap Shah. Sambil ketawa kecil Shah menuju ke bilik mandi.

          Sambil Kamal menguruskan tiket mereka di kaunter, Shah berjalan melihat keadaan sekeliling. Suasana lapangan terbang antarabangsa Kota Kinabalu agak sunyi. Maklumlah baru jam 4.30 pagi. Shah dan Kamal akan berlepas ke Kuala Lumpur untuk bercuti. Terdengar gelak Kamal yg sedang bergurau dengan si cantik di kaunter check-in,Shah menoleh sambil tersenyum. Mereka telah merancang untuk pergi makan angin bersama sejak 3 bulan yg lepas. Persahabatan mereka terjalin sejak kecil lagi. Bagai aur dengan tebing,dua sahabat ini sukar di pisahkan. Sejak masih mentah,masuk sekolah tadika,sekolah rendah,sekolah menengah malah di universiti sekalipun mereka tak pernah berpisah. "Engkau termenungkan apa tu Shah? Ini boarding pass kau,kita duduk sebelah menyebelah je." " Alah apsal la tak duduk berasingan ni. Tak peluang la nak usha-usha awek kalu macam ni" Shah berceloteh sambil mengenyit mata ke arah Kamal. " Haha. Engkau ni Shah. Sabar la dulu. Nanti sampai kat sana baru kita mulakan misi. Kat sini buat macam biasa dulu." Sambil bergelak ketawa dua sahabat ni bergerak masuk untuk boarding.


        "Shah,hujung bulan ni anak Mak Usu kamu kawin. Kamu dah tau kan?" Jamilah bertanya kepada anak kesayangannya. Shah merupakan anak tunggal Jamilah. Sejak pemergian arwah suaminya Shah la satu-satunya pengubat jiwa dan penenang hati untuknya. " Dah mak. Shah dah amik cuti awal lagi. Nanti kita pergi awal ya mak. Mesti Mak Usu gembira tengok mak datang awal." Shah mengambil tempat di sebelah ibunya sambil menantikan jawapan ibunya. " Hmm,mak ikut je kamu Shah. Asalkan kerja-kerja kamu kat pejabat tu tak terganggu." Shah tersenyum. Sejak awal lagi dia dah tau jawapan ibunya. Sejak pemergian ayahnya,Shah la yang menguruskan hal keluarga dan rumah mereka. Ibunya hanya memeberi pendapat dan selebihnya di serahkan pada Shah. "Yang kamu ni Shah,bila kamu nak kawin. Kamu bukan muda lagi Shah. Kesiankan la mak ni. Mak dah tua. Bosan mak duduk sorang kat rumah ni kalau kamu tak ada." Shah serba salah dengan permintaan ibunya. Sejak akhir- akhir ni ibunya selalu bertanya hal yang sama. Bukan dia tak nak kawin,cuma belum ada jodoh yang sesuai. "Mak,Shah janji akan cari menantu mak cepat-cepat. Mak jangan runsingkan fikiran mak pasal hal ni. Mak fikir mcm mana nak masak je,Shah dah lapar ni." Sambil tergelak Shah memanjakan diri depan ibunya. Jamilah tersenyum melihat anaknya. 'Ya Allah,kau temukan la jodoh anakku secepat mungkin..Amin..' bisik Jamilah dalam hatinya.
       "Boleh saya bantu,encik nak minum apa?" Tersentak dari lamunan,Shah menoleh tanpa menjawab. Setelah berfikir sejenak Shah menunjukkan isyarat yg dia tak perlukan apa-apa buat masa ni. Kamal sejak dari awal penerbangan lagi dah lelap. Shah menjeling jam di tangannya. ' Aih,lagi sejam ni baru sampai' hatinya berbisik. Shah sekali lagi menoleh ke arah Kamal. Dia tersenyum kemudian mula menutup mata mengikut jejak sahabat baiknya.

Tuesday, 5 July 2011

Intro...

Salam perkenalan buat semua hahaa..
Ku test2 ja ni x tau jadi ka x..
hahahaa hantam saja la...
Ni cerita bed time story garuda..
Kalo bukan bed time story pun x apa..LOOL