Friday, 15 July 2011

PART 9

          Jamilah tidak duduk senang selepas berita yang di dengarinya dari Kamal itu di ketahuinya lewat petang tadi. Matanya asyik memandang ke halaman rumah kalau-kalau ada kenderaan yang datang. Lebih kurang jam 4 petang tadi Shah telah menghubunginya bahawa dia tidak dapat berlepas pulang hari ini kerana kehilangan kad pengenalannya. Kamal pula terpaksa pulang seorang diri memandangkan esok dia perlu menghadiri mesyuarat penting di pejabatnya. Biarpun sudah di hubungi oleh Shah namun Jamilah tidak dapat menyembunyikan kerisauannya.



      Tidak lama kemudian sebuah kereta masuk ke halaman rumahnya. Jamilah bergegas turun dari rumahnya. Telinganya ingin sangat mendengar cerita sebenar daripada Kamal.

     "Assalamualaikum makcik" ucap Kamal sebaik sahaja dia keluar daripada kereta. Kamal perlahan bergerak ke arah Jamilah sambil menghulurkan tangan.

      "Waalaikumsalam" jawab Jamilah sambil tangannya menyambut  tangan Kamal . Kamal mencium tangan Jamilah yang telah di anggaap seperti ibunya sendiri itu.

    "Naiklah Kamal. Bagitahu makcik apa yang berlaku sebenarnya" Jamilah mempersilakan Kamal naik. Dia tidak mahu berlengah untuk mengetahui cerita sebenar daripada Kamal. Jamilah mempersilakan Kamal duduk.

     "Kamu nak minum apa-apa? " tanya Jamilah. " Tak apa lah makcik. Kamal dah minum dah tadi kat luar" jawab Kamal sambil tersenyum.



      "Apa dah jadi sebenarnya? Macam mana Shah boleh jatuhkan dompet? Dah besar panjang pun ada juga masalah macam ni" Jamilah bertanya namun di tambah dengan ngomelannya.

       "Macam ni makcik. Semua ni pun di luar jangkaan. Dalam keadaan kelam kabut hari tu,Shah tak sengaja jatuhkan dompet. Sekarang ni pihak airport tengah berusaha membantu Shah tu. Makcik jangan risau ok. Shah tau jaga diri kat sana. Lagipun Farah kan ada kat situ" Kamal cuba meyakinkan Jamilah dengan penjelasannya.

      "Makcik bukan apa Kamal. Makcik cuma risau je. Tu kan anak makcik. Satu-satunya anak makcik Kamal" jawb Jamilah lemah. "Shah langsung tak ingat ke dia tercicir kat mana dompet tu?" tambah Jamilah.

      "Shah tak ingat sangat makcik. Lagipun masa tu kami tengah bergegas nak cepat. Siapa sangka benda macam ni boleh jadi. Lagipun sempat juga Shah terlanggar orang yang lalu kat situ. Tak tahu pula kalau..." Kamal tersentak. "Kenapa kamal?" Jamilah memotong apabila meliahat Kamal terhenti sejenak . "Makcik,kalu tak silap Kamal,Shah bagitahu yang dia ada jatuh sekali dengan seorang wanita. Masa tu Kamal cuma sempat tgk Shah duduk kat lantai. tak sempat tengok kelibat wanita tu. Jangan-jangan..." Kamal tidak menghabiskan kata-katanya . Kamal pantas mengambil telefon bimbit daripada poketnya dan mendail nombor Shah.

      Jamilah menunggu perbualan Kamal dan Shah di telefon sambil dia bergerak ke dapur dan mengambil segelas air suam untuk Kamal. Kamal mengisyaratkan tanda terima kasih sambil meneruskan perbualannya dengan Shah. Setelah beberapa lama telefon di matikan dah Kamal menarik nafas lega.

    "Apa kata Shah ?" tanya Jamilah ingin tahu. Kamal minum seteguk air yang di bawakan untuknya tadi.

     "Kamal dah bagitahu kat Shah tentang perkara pelanggarannya dengan wanita tersebut. Shah kata dia akan usahakan untuk mencari wanita tersebut dan berpesan supaya makcik jangan risau sangat pasal dia" ujar Kamal sambil tersenyum.

     "Baguslah macam tu. Lega sikit makcik rasa. Terima kasih Kamal. Susah-susah kamu singgah ke sini" kata Jamilah.



       "Tak apa la makcik.Dah tanggungjawab saya tengokkan makcik sini. Saya dah janji dengan Shah untuk lawat makcik kat sini" jawab Kamal dengan tenang. Jamilah hanya mengangguk. Hatinya tetap risau dengan ketiadaan Shah di sisinya. Dia tau bukan sekali Shah tak ada untuk menemankannnya. Tapi situasi kali ini berbeza.

      Setelah Kamal berlalu pergi meninggalkan rumahnya,Jamilah masih tetap duduk di tangga rumahnya. Fikirannya mengelamun jauh. Terasa kali ini pemergian Shah amat berlainan dari sebelumnya. Dia tidak mampu meneka apakah perasaan yang di rasanya sekarang ini. Apa yang mampu di lakukannya hanya berdoa ke hadrat  Ilahi agar Shah di lindungi walau apa pun situasinya. Jamilah melepaskan keluhannya yang terakhir. Dia bingkas bangun menuju ke dalam rumahnya. Sekali lagi matanya memandang ke arah pondok lama di depan rumahnya. Sambil menutup pintu,fikiran Jamilah kembali melayang mengimbas masa lalu.

SOMETHING TO REMEMBER...

STACY : Welcome
KACANG : Ty
STACY : Yw
STACY : Sini ja la
STACy : Aku x suka kena inv ni
KACANG : Ya ka
KACANG : Sorry2
KACANG : Satu org ja ko?
STACY : Ya
KACANG : Ooo..
STACY : Ada sdh molpoint?
KACANG : Apa tu?
STACY : Ish
STACY : Yg aku suru ko tu ari ba
KACANG : Alah belum lagi
STACY : Ba
KACANG : Jgn la marah ba
STACY : Ish
STACY : Mana ada aku marah
KACANG : Tu mcm marah
STACY : Lool
STACY : Mcm marah ka?
STACY : Lool
KACANG : Ya la
STACY : Ui napa ko pakai avi anjing tu?
KACANG : Uina bukan anjing ba ni
KACANG : Serigala ba ni
KACANG : Howl
KACANG : Na bunyi serigala kan
STACY : Ish
STACY : Anjing juga ba tu
STACY : Kita kan org Islam. Mana boleh menyerupai mcm anjing. Kan haram tu
KACANG : Serius juga ko
KACANG : Ba yala aku tukar la
KACANG : Jap
STACY : Tyt
KACANG : Apa tu?
STACY : Apa?
KACANG : Tyt
STACY : Lool
STACY : Take your time
KACANG : Ooo..
KACANG : Brb sama afk tu apa?
KACANG : Selalu org taip tu
KACANG : Aku ikut2 ja tapi x tau
STACY : Lool
STACY : Brb tu be right back
STACY : AFK tu away from keyboard
KACANG : Oooo astaga
KACANG : Baru pula aku tau hahaha
STACY : Lool
KACANG : Byk ba aku x tau ni
KACANG : Ko ajar2 ba aku
STACY : Ish
STACY : Nnt lama2 ko pandai juga tu
KACANG : Pandai apanya
KACANG : Ngurat pun susah
STACY : Lool
KACANG : Betul ba
STACY : Ba mcm mana juga avi ko buruk
KACANG : Buruk ka
KACANG : Punya berabis sdh aku hensem ni
STACY : Lool
STACY : Mana ada hensem. Buruk tu
KACANG : Patut la aku x kena layan selalu
KACANG : Hahahah
STACY : Lool
KACANG : Napa ko sendiri2 ni?
STACY : Aku x suka ramai2
KACANG : X la bilang ramai2..mcm selalu ko teda kawan ni
STACY : Ada ba kawan aku
STACY : Tapi aku malas
KACANg : Patut la
KACANG : Luyang sebelah mana ko tgal?
STACY : Napa juga?
KACANg : Tya ja ba
STACY : X payah la ko tau
KACANG : Ui ganas juga
STACY : Lool
KACANG : Main2 ja ba
KACANG : Napa nama owner room ni Rambo25?
KACANG : Ko bilang ni room ko
STACY : Lool
STACY : Aku ada byk ID la
STACY : Aku buat supaya byk room
KACANG : Mcm mana mo buat room?
STACY : Ko mesti VIP dulu baru boleh
STACY : Tu la aku suru ko beli molpoint
STACY : Nnt sdh ada senang ko
STACY : Boleh kasi hensem
KACANG : Ooo mcm tu ka
KACANG : Ok la nnt aku beli cepat2
STACY : Sigh
KACANG : Apa?
STACY : Eh
STACY : Lool
KACANG : Apa ko sdg pikir juga
STACY : Teda apa2
STACY : Saja ja tu
KACANG : Ok
KACANG : Ku teda kawan lain ni
KACANG : Ko la kawan aku ya
KACANG : Ok ka?
STACY : Ok ja
STACY : Tapi tgk la ko tahaan ka x
STACY : Lool
KACANG : Napa juga
KACANG : Ko menggigit ka?
KACANG : Hahaha
STACY : Lool
KACANG : Ui napa ba ko punya taip ada bunyi
STACY : Bunyi apa?
KACANG : Tadi tu
STACY : Mana?
KACANG : Lool
KACANG : Tgk aku teda bunyi
STACY : Oh
STACY : Lool
STACY : Itu vb la
KACANG : Apa tu?
STACY : Voice box
KACANG : MCm mana mau dapat?
STACY : Mesti beli tu
KACANG : Ooo
KACANG : Patut la ada bunyi2. mati2 aku cari di inventory
STACY : Lool
KACANG : Ko suka duduk sini kan
STACY : Ya la ba
STACY : Aku mmg suka tempat tenang2
STACY : Mcm sini. Kalau di real aku suka pantai ni
KACANG : Ooo..tenang ka sini
KACANG : hahah
STACY : :)
KACANG : Marah ka?
STACY : Nda la
KACANG : Jgn ko marah aku suka main2
STACY : Ya ba
KACANG : Napa juga tua2 ko main imvu ni
STACY : Apa?
KACANG : Ko ba..30 sdh kan
STACY : Lool
STACY : X boleh ka?
STACY : Lool
KACANG : Boleh ba



Tiba-tiba...

STACY : Welcome
KACANG : Hi
GUEST_GOKU : Ty
GUEST_GOKU : Kak stacy
GUEST_GOKU : Ada sdh molpoint
STACY : Ok
STACY : Nanti tunggu la jam 7 baru VIP Goku siap
GUEST_GOKU : Ok kak
STACY : Send di inbox nama id sama pasword
KACANG : Apa tu?
STACY : Jap kacang
KACANG : Ok
GUEST_GOKU : Ok kak sdh
STACY : Ba
STACY : Tunggu jam 7 k
GUEST_GOKU : Ok kak
GUEST_GOKU : Out dulu.Bye
STACY : Ok
KACANG : Apa juga tu
STACY : Budak mau buat VIP ba tu
KACANG : Ooo
STACY : Adesss
KACANG : Napa?
STACY : Budak tu salah bagi pasword kali'
STACY : X boleh masuk ID dia
STACY : Ni la aku malas
KACANG : Haha
KACANG : Relax ba
STACY : Byk ba budak aku tlg
STACY : Bikin pening ja
KACANG : Sabar la
STACY : Id ko ada promo ka?
KACANG : Apa tu?
STACY : Ko nampak setting atas sebelah kanan tu?
STACY : Klik itu
KACANG : Jap
KACANG : Pastu
STACY : Klik account
STACY : Klik next tu
KACANG : Jap
KACANG : Pastu?
STACY : Tgk ada ka dia bilang " Sorry,You.........."
KACANG : Teda
STACY : Yay
KACANG : Apa?
STACY : Ko ada promo
KACANG : Apa la tu?
STACY : Murah la VIP ko rm10 ja
KACANG : Kalu x?
STACY : Ko kena bankin rm40
KACANG : Oo..



Banyak lagi sebenarnya tapi banyak tul..Pelan2 ya stacy..Muah

Thursday, 14 July 2011

SOMETHING TO REMEMBER...

STACY : Welcome
KACANG : Ty
KACANG : Boleh join ka?
STACY : Join ja ba
STACY : Teda orang mo marah juga
KACANG : Ooo ok2
KACANG : Eh ko orang sabah ka?
STACY : Ya napa?
KACANG : X dalah juga.Aku perasan ko ada ba di belakang.
STACY : Ooo
KACANG : Mana kwn ko lain?
STACY : Teda.Aku satu orang ja ni.
KACANG : Oo..Ba salam kenal la.Aku kacang
STACY : Ba.Salam juga. Ko nampak juga nama aku kan
STACY : Lool
KACANG : Ya ba haha
KACANG : Asal mana ko ni?
STACY : Luyang
KACANG : Ooo.. Aku sini putatan
STACY : Oo ba (teda pun aku tya)
KACANG : Ya (tembirang juga dia ni)
STACY : Ko budak baru ka
KACANG : Ya. Baru berapa harini
STACY : Ko boleh kasi hensem ba avi ko ni
KACANG : Boleh ka? Mcm mana? Abis sdh duit
STACY : Buat VIP la. Murah ja
KACANG : Sapa buat?
STACY : Aku boleh tolong ko. Kasi sedia ja MOL rm10
KACANG : Apa tu?
STACY : Ler
STACY : MOL ba. Ko p ja 7E minta molpoint bilang
KACANG : Oh ba ok
KACANG : Eh? Ko umur 30 ka?
STACY : Ya napa?
KACANG : Ui macik2 juga ko ni kan
STACY : Lool
STACY : Napa x percaya ka?
KACANG : percaya la
KACANG : Ba aku add la ko ya macik haha
STACY : Add ja la
KACANG : Room ko ka puncak ni?
STACY : Ya
KACANG : Ooo.. Boleh aku duduk sini?
STACY : Duduk ja la
KACANG : Ty
STACY : Yw. Ko jgn lupa beli molpoint k
KACANG : Ok
STACY : Bukan apa.Aku namo org sabah ketinggalan dalam ni
KACANG : Ooo ok2
KACANG : Nanti kalu sdh ada aku kasitau ko
STACY  : Ba
KACANG : Baru aku tau ada room malaysia ni
KACANG : Haha
STACY : Ui selama ni mana ko pegi?
KACANG : Sana aku tempat orang putih jadi serigala
STACY : Lool
STACY : Byk ba room malaysia ni. ko taip ja malaysia
KACANG : Ya tau sdh aku
STACY : Ba ok la
STACY : Aku mau out ni
KACANG : Pi mana?
STACY : Out la. Bapa aku mau makan.Masak dulu aku
KACANG : Ooo ya ka
STACY : Ya la
STACY : Ba jumpa la nnt
KACANG : Ok
KACANG : Babai
STACY : Bye
STACY : :)
KACANG : :)
STACY : Poof
KACANG : Poof


Wednesday, 13 July 2011

PART 8

          "Dah siap ke Kamal?" Shah menoleh ke arah Kamal sambil menarik zip begnya. Kamal menunjukkan isyarat thumbs up kepada Shah. Mereka bergegas menuju ke lobi hotel. Kelewatan bangun menyebabkan mereka kelam kabut. Mujur juga Farah cepat menelefon mereka. Setelah semua barang di letakkan di dalam bonet kereta Farah menghidupkan semuala enjin keretanya. Farah memang telah arif selok belok jalan di Kuala Lumpur.

        "Nasib baik Farah ingat nak call semula korang kan. Kalau x lagi satu malam la kat Kl jawapnya" Farah ketawa melihat gelagat mereka berdua. Shah dan Kamal saling menyalahkan di antara mereka kerana lewat bangun.

     "Alhamdulillah. terima kasih ya Farah. Kalau tak terpaksa la Kamal keluarkan duit lagi untuk bayar hotel haha" ujar Shah. "Pandai la engkau Shah. Kau yang lewat tidur kan. Mengelamun la tu semalam. Entah awek mana" kata Kamal bersahaja. Farah hanya tersenyum melihat mereka. Memang di ketahui mereka dua jenis susah nak bangun.

      "Farah tak boleh lama ni tau. Farah cuma drop korang kat airport je. Pastu Farah kena pergi sebab Farah ada kelas" jelas Farah. "Ok.Ni pun dah kira ok la ni syg. Nasib juag Farah ada. Kalau tak susah la kami" jawab Kamal.

          Farah membelokkan keretanya masuk ke dalam kawasan lapangan terbang antarabangsa Kuala Lumpur. Setelah memasuki ruang parking sementara untuk menurunkan penumpang,Farah turun untuk membantu Shah dan Kamal menurunkan beg mereka.

         "Jangan nakal ya. Jangan cuba nak mengorat dan membiarkan diri di ngorat orang" sempat Kamal memberi pesanan kepada Farah. Farah mencebik mukannya ke arah Kamal sambil tangannya menarik telinga Kamal. Shah hanya tertawa melihat gelagat mereka. Dia tau mereka cuba  mengelak perasaan tidak mahu berpisah di depannya.

        "Bye Farah" Shah melambaikan tangannya apabila Farah telah masuk semula ke dalam keretanya.

          Mereka berdua bergegas menuju ke kaunter check-in . " Kamal,aku nak pergi toilet dulu ok" ujar Shah dan terus bergerak tanpa menunggu jawapan kamal. Shah bergerak pantas menuju ke salah satu tandas yang terdapat di situ.

          "Dah ke?"  tanya Shah kepada Kamal sebaik sahaja dia selesai. "Dah..Ni boarding pass kau. Nah ambil balik IC kau ni" serah Kamal kepada Shah sambil bergerak maju. Shah menyimpannya ke dalam poketnya dan mengejar kawannya yang pantas bergerak itu. Shah teringat tentang kad pengenalannya yang belum di simpan kembali ke dalam dompetnya. Dia mengeluarkan dompetnya sambil matanya mengekori pergerakan Kamal. Setelah menyimpan kad pengenalannya, Shah mendongakkan kepalanya mencari lokasi Kamal.

          Tiba-tiba Shah terasa kakinya di pijak dan belum sempat dia menoleh badannya di langgar. Shah terjatuh. Dia menoleh. Seorang wanita muda yang telah melanggarnya. Dia rasa bersalah. Mungkin ini kecuaiannya tadi kerana tidak memandang ke depan.

          "Saya minta maaf. Awak ok tak?" Shah memberanikan diri bersuara. Namun wanita tersebut tidak menjawab. Shah hanya memandang wanita tersebut mengutip barangnya sementara dia masih terduduk. Terasa olehnya untuk membantu tetapi segan.

          "I pergi dulu ya. Nak cepat ni" hanya itu yang keluar dari mulutnya. Barulah Shah terpandang wajah wanita tersebut. Shah tergamam. Entah apa yang di rasakan di dalam hatinya. Wanita tersebut berlalu pergi tanpa menambah apa-apa lagi kepadanya.

          "Kenapa engkau ni duduk sini?" Shah terkejut apabila Kamal menepuk bahunya. Dia tidak berkata apa. Matanya cuba mencari kelibat wanita tersebut namun gagal.

       "Tak ada apa-apa lah. Jom" jawab Shah ringkas. Fikirannya hanya terbayangkan wanita tadi. Sesuatau telah terasa dalam hatinya buat pertama kali dalam hidupnya. 'Apa yang aku rasa ni' bisik Shah dalam hatinya sambil masih mencari kelibat wanita tadi.



"

PART 7

         "Aduh. Mana lah driver ni. Selalu awal je sampai" Diana bersungut. Diana telah sampai di lapangan terbang antarabangsa Kuala Lumpur sejak setengah jam yang lalu. Dia telah cuba berkali-kali untuk menghubungi ibu pejabat namun tiada sebarang jawapan. Diana mengorak langkahnya menuju ke sebuah restoran yang terdapat di lapangan terbang tersebut. Kepenatan menunggu mengundang rasa lapar. Diana memesan makanannya kemudian memilih untuk duduk di sudut restoran tersebut yang menghala ke arah luar lapangan terbang. Matanya ligat mencari kelibat kereta syarikatnya. Dia hampa sekali lagi bila yang di tunggu tak muncul tiba.

          "Makan dululah. Kalau tak ada juga,baik aku naik teksi je lah" ujar Diana seorang diri. Sekejap kemudian makanan yang di pesan telah sampai. Diana sempat mengintai sekali lagi ke arah luar sebelum mula menjamah hidangannya. Dia menggeleng dan mendengus kecil sekali lagi sebagai tanda kecewa.

         Ketika Diana menoleh sekali lagi ke arah luar,matanya tertumpu pada sebuah kereta yang baru sahaja sampai. Pemandunya adalah seorang wanita muda dan di tumpangi oleh dua orang lelaki. Mereka keluar dari kereta dan bergelak ketawa. Diana tersenyum apabila telinga salah seorang daripada lelaki tersebut di tarik oleh wanita tersebut. Kedua lelaki tadi melambai ke arah wanita tadi sebelum pergi meninggalkannya. Teringat saat ketika ayah dan ibunya menghantar ke lapangan terbang Kota Kinabalu pagi tadi.

         "Diana, kamu jaga diri baik-baik ya. Ibu risau la" Salamah berpesan pada Diana. "Alah mummy ni. Bukan baru sekali ni Diana pergi sorang. Kan dah selalu dah" Diana cuba menenangkan ibunya.

       "Mummy tau Diana. Cuma entah la. Mummy rasa tak sedap hati je." Salmah mengeluh. Mungkin kerana dia tak mahu kesunyian dengan ketiadaan anak perempuan kesayangannya.

        Lamunan Diana terhenti apabila telefon bimbitnyab berbunyi. Ternyata dia hampa. Ayahnya telah menghantarkan mesej pesanan ringkas memberitahu bahawa kereta syarikat mengalami masalah dan di bawa ke bengkel terlebih dahulu. Diana mengeluh lemah. Ternyata dia mempunyai hanya dua pilihan sekarang. Sama ada terus menunggu atau pun memilih teksi sebagai jalan kedua. Diana lantas membuat keputusan memilih untuk menaiki teksi lalu bangun dan menarik begnya.

          Diana pantas bergerak. Keletihan menunggu membuatnya rasa tidak selesa. Ketika cuba mengelak orang ramai yang menghalang jalannya, Diana telah tersilap langkah dan terpijak kaki salah seorang yang ada di situ. Lelaki tersebut terjatuh di ikuti oleh Diana. Isi beg tangannya jatuh dan berselerak di atas lantai. Dengan muka yang merah Diana bangun dan meletakkan semula semua barang miliknya ke dalam beg tangannya.

         "Saya minta maaf" lelaki tadi bersuara. Diana tidak menjawab. Diana sedar bahwa dia lah sebenarnya yang telah melakukan kesalahan.

        "Awak ok tak?" lelaki tadi menambah. Diana hanya menganggukkan kepalanya.

       "I pergi dulu ya. Nak cepat ni." Diana malu untuk bersemuka wajah dengan lelaki tersebut. Diana tanpa menambah lantas bingkas bangun. Dia tidak mahu menoleh kerana berasa malu dengan kejadian tersebut. sempat dia menjeling ke arah orang ramai yang nampaknya tertawa melihat gelagatnya sebentar tadi.

         Setelah menaiki teksi,Diana menghembus nafas lega. 'Malang sungguh nasib aku hari ni' jerit Diana di dalam hatinya. Terasa sakit hatinya dengan apa yang sebentar tadi. Diana menutup matanya dan menarik nafas perlahan. Setelah hampir 1 jam perjalanan Diana telah sampai ke hotel penginapannya. Diana meletakkan begnya dan baring. "Lupa pula call mummy" Diana baru teringat. Ketika mencari telefon bimbitnya, Diana terpandang sesuatau. "Eh? Dompet?" Diana kehairanan. Setahunya dia tak pernah memiliki dompet seperti itu.

Sunday, 10 July 2011

PART 6

           "What?!" Shah melopong kehairanan. "Hahaha..Why sebelum ni korang x bgtau aku Kamal?" Shah mengetuk kepalanya sambil ketawa. Mereka ketika itu sedang duduk menikmati minuman masing-masing di sebuah restoran mamak di tengah-tengah Kuala Lumpur.



         "Bukan tak nak bagitau kau la Shah. Farah ni yang kecut sangat nak bagitau kau. Malu konon" ujar kamal sambil mengusik Farah. "Aku minta maaf ya Shah. Bukan niat nak sembunyikan dari kau selama ni. Cuma aku dengan Farah tak bersedia nak bagitau kau. Yelah kan kita dah macam adik beradik. Nanti kau sangka apa pula" tambah Kamal sambil memegang bahu Shah.

       "Apa lah kau ni Kamal. 'Macam' adik beradik tak bermaksud kita ni adik beradik betul haha" Shah cuba menahan gelaknya. "Ooo ni kerja Farah ya" sambil tangannya cuba mencapai bahu Farah. Farah ketawa dan mengelak di sebalik Kamal. "Farah minta maaf la abg Shah. Ni kan dah bagitau ni. Weekkk!!" Farah berseloroh.

       "Baguslah kalu korang dah bersama sejak dulu. Aih setel dah satu masalah aku kalu macam ni. Yes!!" Shah melonjakkan tangannya ke udara. Pasti kalau hubungan antara Farah dan Kamal di ketahui emaknya,maka tak ada lagi cadangan lagiu untuk menjodohkannya dengan Farah. "Sebab tu Shah,bila kau bagitau aku yang mak kau cadang nak jodohkan kau dengan Farah aku diam kan. Lepas je hari tu aku terus bincang dengan Farah macam mana nak bagitau kau pasal kami ni" Kamal menjelaskan.



        "Alah aku tak ada hal la sebenarnya Kamal. Aku lagi suka korang bersama. Selamat aku dari berkahwin dengan budak ni. Kalau tak hari-hari aku makan lauk hangus." Shah menjeling ke arah Farah. "Eee abg Shah ni. Asyik tu je yang dia nak ingat pasal orang" Farah mencebik tanda merajuk. " Alah abg Shah gurau je la" Kamal mencelah.

      "Sejak bila lagi korang dah bercinta ni. Pandai korang sembunyi ya. Aku langsung tak dapat kesan sikit pun" Shah menggaru kepalanya yang tak gatal.

       "Macam ni Shah. Hubungan kami ni dah lama. Sejak kita mula jejak kaki kat U lagi. Ingat tak masa kita mula-mula nak terbang datang sini. Farah nangis semacam kan? Hahaha..Sebenarnya dia tak nak aku pergi tu" Kamal mula bercerita. Farah membalas usikan Kamal dengan mencebikkan lidahnya. "Ada sekali tu masa kita tengah sibuk nak isi form untuk masuk U tu,Farah datang. Masa tu engkau pergi pasar dengan makcik Milah. Kau tau Farah cakap ape? Napa abg Kamal nak pergio jauh-jauh. Abg tak sayangkan Farah ke?" Kamal ketawa sambil menahan sakit bahunya di cubit Farah.

         "Farah tak cakap macam tu ok. Farah cuma cakap jangan pergi sebab Farah sayang abg Kamal lebih dari seorang abang" Farah pantas menghabiuskan cerita sebelum sempat Kamal menokok nambah ceritanya.

      "Oohh! Macam tu rupanya. Wah habis tu macam mana korang survive depan aku ya?" Shah menggelengkan kepala tanda kagum. " Alah senang je pun.Depan abg Shah kami buat macam tak tau je lah. More to abang and adik lah katakan" Farah tersenyum.

        " So lepas ni macam mana? Nak aku hebohkan satu kampung ke Kamal?" Shah berjenaka. "Uiikk janganlah dulu. Biar aku dengan Farah la usahakan pasal tu. Lagipun kau sendiri pun tengah tekanan pasal nak cari jodoh kan. Better kami sendiri yang perjuangkan hubungan ni" ujar Kamal bersemangat.

      Shah tersenyum. Memang di akui hubungan antara keluarga Farah dengan Kamal agak dingin. Biasalah orang kampung. Cerita 100 tahun lepas masih nak jadikan alasan. Yang jadi mangsa keturunan derang juga. Semangat begini memang menjadi warisan turun temurun.

      "Abg Shah belum jumpa calon lagi ke?" Farah membuka semula topik perbualan mereka.



     Shah tidak menjawab. Kamal mengisyaratkan kepada Farah supaya tidak meneruskan soalannya. Farah akur. Dia faham keadaan abg Shah kesayangannya tu.Sejak dulu Shah jarang meluah masalahnya kepadanya melainkan dengan Kamal. Hanya melalui Kamal lah baru Farah dapat mengetahui sedikit sebanyak hal peribadi Shah.

       "Kroohhh! Kroooooh!" lamunan Shah tentang perbualan mereka tadi terhenti sebentar. "Aish dia ni kalu dah dengkur kalah bunyi bom" ujar Shah sambil memandang Kamal yang sedang lena di ulit mimpi. Matanya menangkap helaian jadual penerbangan mereka esok. 'Harap-haraplah esok berjalan lancar. Rindu dah kat mak'. Shah mencapai bantal dan menutup matanya. ' Selamat malam cintaku' Shah tersenyum.

Thursday, 7 July 2011

PART 5

      "Ok. Kalau ada apa-apa masalah you call i balik. Bye" Diana menarik nafas lega. Urusannya dengan pihak syarikat perkongsiannya selesai. Diana menarik nafas tanda berpuas hati. Terpandang bingkai gambar di atas mejanya Diana tersenyum. Rasa rindu mula menguasai hatinya apabila teringat Daniel. Perkenalannnya dengan Daniel bermula apabila ayahnya memperkenalkan Daniel sewaktu majlis annual dinner syarikat mereka. Daniel adalah anak kepada kawan baik ayahnya. Perkenalan yang singkat itu membuahkan hasil. Daniel seorang yang caring dan pandai mengambil hatinya. Tanpa berlengah ayahnya menyarankan mereka mengikat perhubungan itu dengan pertunanngan. Diana bersetuju tanpa banyak bicara kerana memang tak pernah ada lelaki dalam sejarah hidupnya. Diana memandang Daniel sebagai seorang yang boleh di beri tanggungjawab. Cuma satu yang di kesalinya. Pertunangan mereka terasa terlalu lama. Ingin sahaja dia meminta pada ayahnya untuk mempercepatkan perkahwinan mereka. 'Alamak! I dan janji dengan Zarina!' Diana tersedar dari lamunannya melompat bangun dari tempat duduknay kerana teringat janjinya untuk keluar makan tengahari dengan kawan sekolejnya dahulu. Diana pantas mencapai beg tangannnya dan meluru keluar.




       "Kenapa you lambat?' Zarina menarik muka masam apabila Diana tiba di restoran. "I'm sorry Ina..banyak sangat kerja tadi. Takpa hari ni i belanja ok" Diana memujuk kawannya sebaik mungkin. Mereka adalah rakan sekolej ketika masing-masing melanjutkan pelajaran dahulu.

       "Good.I tak merajuk dah haha" Zarina berseloroh. "I dah oder tadi.You nak apa?" Zarina berisyarat memanggil pelayan restoran sambil menunggu jawapan Diana. " I nak mee goreng je lah.Pagi tadi dah makan nasi lemak dengan daddy i" Diana memesan makanan kemudian mencuit bahu Zarina.

"Esok i pergi KL tau. You ada nak kirim apa-apa tak?" ujar Diana.

        "Hmm you pergi sampai bila?Buat masa ni takde lah Diana. Lagipun husband i kan baru je balik. Dah macam-macam dia belikan untuk i tau" jawab Zarina sambil mulutnya mengunyah hidangan. "You pergi sorang?" Zarina menambah.

       "Aah la sorang. Tak lama pun.4 hari je. Selesai urusan i balik je terus. Takde apa nak cari pun kat sana. Dah boring dah i turun kat sana. Lainkali nak suggest buat meeting kat Hong Kong " Diana mengeluh. Zarina hanya tersenyum mendengar luahan Diana. memang di akui Diana kerap terbang ke KL untuk urusan perniagaannya.

       "Daniel apa khabar? I dengar dia balik masa birthday you. So sweet" Zarina mengubah topik perbualan mereka.

       "Macam biasa je lah Ina. Sibuk memanjang. Alah i tau dia balik pun sebab daddy i yang minta. Cuma i tak cakap sangat la pasal tu depan Daniel. Asalkan dia dah ada depan mata kira dah ok la" Diana menjawab bersahaja. Zarina mengangguk tanda faham.

        "Sabar je lah Diana. You bukan tak tau kerja Daniel tu. Memang macam tu. Tunggu je lah. Lagipun korang dah bertunang. Kalau i ni you Diana,sampai 10 tahun pun i sanggup tunggu. Daniel tu dah la handsome,berkarisma,ada gaya. Tambah lagi dia sweet! Perrgghh!! Dan yang penting banyak duit haha! Rugi kalau lepaskan" ujar Zarina sambil matanya membulat memandang Diana. Diana terdiam sejenak. 'Bukan itu semua yang i pandang pada Daniel ' bisik hati kecil Diana. Diana akui semua yang di katakan Zarina benar. Namun dia bukan jenis wanita yang memandang itu semua. Apa yang dia mahu cuma Daniel sentiasa menemani dan menyayanginya di sisi. Hubungan jarak jauh ini amat menyeksakannya. Apatah lagi melihat pasangan lain di depan matanya. Terkadang hatinya sayu memikirkan keadaannya. Bagaimanakah rasanya terasa kesunyian walupun hatinya telah di serahkan sepenuhnya kepada yang di cintai.

"Yelah2." jawab Diana pendek. Dia tidak mahu berbicara panjang mengenai perkara itu lagi.

"Marah ke?" Zarina menambah.

"Marah kalu you tak bayarkan lunch i ni haha" Diana bijak menukar angin perbualan mereka.



      Kedua sahabat ketawa bersama. Setelah selesai makan tengahari Diana menghantar Zarina ke pejabatnya. Sepanjang perjalanannya kembali ke pejabat Diana mengelamun jauh. Teringatkan perbualan bersama Zarina tadi membuatkannnya gelisah. Haruskah dia menurut kata kawannya atau membuat langkah sendiri. 'Aaargghh!' jerit hati kecilnya. Diana hanya mampu termenung. Di saat dia menunggu giliran untuk bergerak di kawasan lampu isyarat,telinganya menangkap suara merdu. Suatu lafaz yang sudah jarang di dengarnya. Ya,suara azan berkumandang syahdu. Diana tersentap. 'Kenapa tidak aku memohon petunjuk dari Nya?' hatinya bergetar tanda menyesal. Sebaik lampu hijau bernyala Diana memecut. Kali ini dia tersenyum. Pastinya dia telah temui pintu jalan keluar.

PART 4

      Sesak. Perkataan yang sesuai untuk suasana di tengah kota Kuala Lumpur. Shah dan Kamal berjalan tanpa destinasi tetap. Mereka hanya ingin membuang masa sambil mencuci mata melihat barang yang di promosi di kedai-kedai. Sesekali Kamal membeli barang kegemarannya sekiranya di temui.


    "Apa yang engkau kata suprise tu?" Shah bertanya pada Kamal di saat mereka membelek kasut di kedai jenama. Dia teringat akan kata-kata Kamal sewaktu mereka bersiap di hotel.

    "Ooh! Hmm hampir aku lupa. Lepas ni kita nak pergi jumpa seseorang. Aku rasa dah sampai masa aku bagitau ko hal ni. Haha". Kamal tersengih. 'Apalah suprise dia ni' bisik Shah dalam hati sambil menyerahkan kasut pada Kamal. "Aku dah lapar la Kamal". Shah menggosok perutnya sambil menepuk belakang Kamal. "Ai? Baru je pun kita sarapan tadi. Aish engkau ni memang perut gajah la haha" Kamal ketawa terbahak-bahak. "Ok jom lah. Lagipun orang tu dah nak sampai. Kita pergi gerai tempat biasa tu ok. Macam zaman dulu-dulu" Kamal mengorak langkah ke kaunter pembayaran untuk membayar kasut yang baru di pilihnya. 'Macam dulu-dulu? Eh ni mesti ada something ni' Shah cuba mencari jawapan kepada kata-kata Kamal sebentar tadi dalam hatinya. 

      "Dah la,kau tunggu je nanti. Kejap lagi dia sampai" Kamal tersenyum sambil matanya peka mencari teksi yang lalu lalang. Sebentar kemudian sebuah teksi berhenti dan mereka menaikinya. " Ada kaitan dengan aku ke suprise ko ni?" Shah masih tidak berpuas hati dengan gelagat Kamal yang seperti menyembunyikan sesuatu daripadanya. " Ish,kau tak faham bahasa ke apa? Relax je la Shah haha" Kamal masih tidak mahu mengalah. Baginya melihat muka sahabatnya kehairanan adalah hiburannya sejak dari dulu lagi. Shah mengalah. Setelah hampir 15minit mereka sampai ke destinasi. Shah membayar harga teksi sementara Kamal menjawab panggilan telefon. Kemudian keduanya bergerak ke gerai yg di tuju.

     "Wah dah berubah gerai ni kan. Lebih cantik dari dulu" Kamal berkata dengan nada kagum. Shah mengangguk tanda setuju. "Dah lama tak pegi sini sejak kita habis study kan? 4 tahun kita makan kat sini haha" Shah berkata perlahan sambil memetik jarinya. "Tu la pasal aku bawa kau datang sini Shah.Kira suprise tambahan la untuk ko haha" Kamal menjawab pantas. "Eh shah,ko oder dulu sementara aku amik orang tu. Aku nak nasi goreng pataya ok" Kamal bangun meninggalkan Shah tanpa sempat Shah menjawab arahannya. 'Gila dia ni. Sapa lagi yang dia ajak makan sekali pun tak tau' Shah merengus dalam hati.


    "Assalamualaikum abg Shah" suara manis kedengaran. Shah berpaling dan pantas menutup mulutnya. Kalau tak satu KL akan dengar jeritannya. " Waalaikusalam..Farah! Haha! Ooo ni la suprise kau ya Kamal!" Shah menepuk dahi Kamal. "Ok tak? Kira memang jadi la suprise aku kan? Haha" Kamal ketawa berdekah melihat telatah Shah. 

    Shah menyambut telapak tangan Farah yang bersalaman dengannya. Farah mencium tangan Shah tanda kasih dan hormatnya pada orang yang di anggap seperti abang kandungnya sendiri. Sejak dari zaman kanak-kanak mereka bertiga telah bersama. Shah yang berumur lebih tua adalah seperti abg sulung pada kamal dan Farah. "Ohh patut Kamal kata macam dulu-dulu" Shah teringat kata Kamal sewaktu di kedai kasut tadi. Gerai tersebutlah tempat pertama Farah di bawa oleh kedua mereka sewaktu mula-mula menjejak kaki di Kuala Lumpur. Selepas setahun Shah dan Kamal telah tamat pengajian dan Farah sendiri sudah lama tidak singgah ke gerai kenangan mereka.

      "Kamu sihat ke Farah?Lama abg tak dengar cerita kamu ni. Walau rumah kita sebelah menyebelah makcik Ros jarang cerita pasal kamu ni" Shah memulakan perbualan mereka. " Alah abg bukan tak tau perangai mak Farah tu. Dia lebih suka jaga tepi kain orang dari kain anak sendiri ni" farah menjawab dengan nada sedikit kesal. "Farah,tak baik cakap macam tu. Macam mana pun dia mak farah juga" Kamal menyampuk.  Farah mengangguk tanda setuju. "Hmm Shah,mcm ni. Kita makan dulu. Ada benda kami nak bagitau lepas makan nanti" Kamal memandang shah menanti jawapannya. "Ok. No problem! Yang penting hari ni dompet aku simpan. Aku nak makan banyak-banyak ni. Korang dua pilih la sapa nak bayar haha!" Shah menepuk kedua bahu Farah dan Kamal. Dengan muka masam Kamal membuat isyarat bahawa dia akan membayarnya nanti.  



Wednesday, 6 July 2011

PART 3

  


      "Happy Birthday to you! Happy birthday to you! Happy birthday to you Diana!! happy birthday to you!!" Farid dan Salmah bertepuk tangan sambil tersenyum kegembiraan melihat anak perempuan kesayangan mereka. Diana menuju ke arah kedua orang tuanya dan memeluk mereka erat. " Thanks daddy,mummy!! Diana tak sangka pula ada suprise mcm ni. Ingatkan takde orang ingat birthday Diana". Diana yang baru pulang dari pejabat menunjukkan muka tanda merajuk kepada orang tuanya. Dia mendapat panggilan tengahari tadi dari ayahnya yang mereka akan balik ke kampung menjenguk nenek Diana . Diana yang pada mulanya berat hati terpaksa bersetuju untuk tinggal di rumah seorang diri. " Mana mungkin mummy lupa birhday Diana. Mummy sygkan Diana. Diana la satu2 nya anak mummy dgn daddy". Diana mengesat air matanya yang mengalir tanpa di sedari. " Daddy ada satu lagi suprise untuk Diana. Tengok sapa yang datang". Diana menoleh ke arah pintu dan hampir tidak percaya dengan apa yg di lihatnya.

       "Daniel!! Oh my god!! Kenapa tak bagitau you nak balik?!" Diana berlari meluru ke arah tunang kesayangannya. Daniel bekerja di sebuah syarikat swasta di luar negara. Daniel jarang balik melainkan ada perayaan atau atau  tugas yang memrlukan dia pulang ke tanah air. " Kenapa i perlu nak bagitau you sedangkan i nak buat suprise untuk you?" Sahut Daniel sambil menatap muka Diana. Diana tersipu-sipu malu di depan kedua orang tuanya. Daniel dan Diana telah bertunang selama dua tahun. Perkahwinan mereka masih belum dapat di tentukan kerana Daniel belum mendapat arahan untuk kembali bertugas di tanahair. " This is for you,open it". " Wow! Thank you Daniel..So sweet" Daniel bergerak ke belakang Diana dan mengalungkan rantai berlian di leher Diana."Jemput makan semua" Farid mencelah tatkala meliahat pasangan yang di lamun rindu tersebut semakin asyik.

          "Macam mana kerja kat sana Daniel?" Farid membuka topik perbualan mereka di meja makan. "Semuanya baik Uncle. Setakat ni berjalan lancar dan tak lama lagi kami akan melancarkan projek baru. Uncle mcm mana?" "Uncle macam biasa. Semuanya Diana yang uruskan sekarang. Uncle cuma duduk dan memerhati je" Farid berseloroh . Salmah mencelah " Alah awak ni jangan la nak membebankan sangat anak kita tu"
         " Tak apa la mumy. Dah mmg tanggungjawab Diana juga kan". sampuk Diana kerana tak mahu ayah dan ibunya bertekak.Makan malam di teruskan denagn celoteh Farid.

      Setelah selesai makan,Daniel dan Diana bersiar di halaman rumah Diana. "You bila nak pindah sini Daniel?" Daniel diam. Soalan yang sama datang dari mulut Diana tiap kali mnereka bertemu. "Diana,tak kan you tak faham lagi kerja i. I ada komitmen kat sana. You sabar je la ok". Diana hanya membisu. Selama dua tahun inilah jawapan Daniel. Tiap kali di ajukan perkara yang sama Daniel pasti akan mengelak. Diana melepaskan tangan Daniel dan mendiamkan diri. " Syg..i janji dgn you hujung tahun ni i akan pindah balik sini ok. jamngan lah mcm ni" Dania hanya mendiamkan diri.

       "Syg please..i janji kali ni i betul akn pindah sini.Lepas tu kita kawin ok". "Betul ni?" Diana tak mampu melawan panahan mata Daniel. " Yup.I promise!". Mereka berpelukan. Namun Diana tidak mahu meletak harapan yang tinggi kali ini. Hampir dua tahun dia mendengar kata-kata yang sama dari Daniel. 'Semoga kali inikau tepati janji mu Daniel' bisik Diana di dalam hatinya.

PART 2

           Jamilah turun ke halaman rumah seperti biasa. Rutin hariannya membersihkan halaman rumah mereka meskipun daun yang gugur tak seberapa. "anak kau pergi bercuti ke Milah?" kedengaran suara dari arah belakang. Sekilas dengar Jamilah tahu itu adalah suara jirannya,Rosnah. "Aah Ros. Biasalah orang bujang. Ada je aktivitinya. Lagipun anak aku tu jarang amik cuti rehatkan fikiran. Asyik sibuk memanjang kat pejabat tu" Jamilah mempersilakan jirannya untuk duduk bersamanya di pondok bawah pokok. Pondok itu adalah hasil tangan arwah suaminya dan Shah suatu ketika dahulu. "Patut la awal subuh dah bising dengan suara Kamal anak si Pak Tam tu." Jamilah tersenyum. Seluruh kampung tahu Shah dan Kamal berkawan rapat sejak dulu. " Biasalah Ros, Anak aku tu tak kan ke mana melainkan dengan sahabat baik dia tu. Nak harap dia keluar dengan anak gadis, alamatnya sampai berjanggut lah aku Ros". Kedua warga emas itu ketawa sambil menggelengkan kepala.

        "Engkau tak usahakan ke carikan jodoh untuk si Shah tu Milah?. Budak tu dah makin dewasa dah. Bukan remaja lagi. Tak kan la kau nak tunggu dekat nak nazak nanti baru nak suruh dia kawin". Sambil membetulkan kainnya,Rosnah mengomel tentang anak jirannya tu. Sifat semulajadi orang dulu-dulu. Duduk melepak sambil cerita hal orang lain. Jamilah tersengih mendengar ngomelan Rosnah. "Aku ni dah berbuih dah mulut ni Ros. Hampir tiap hari dah aku suruh dia cari menantu untuk aku ni. Bila aku nak carikan untuk dia,macam-macam la alasan yang di berikan. ko faham je la anak zaman sekarang. Dulu-dulu zaman kita nak kawin,orang tua kita je yang uruskan. Kita cuma taat. Zaman sekaranag jangan harap lah Ros. Aku ni tak kisah la sangat. Yang penting pandai2 la si Shah tu buat pilihan". Jamilah memberi jawapan penuh agar Rosnah tidak meneruskan ngomelannya.



          "Anak Pak tam tu pun sama. Tak kawin-kawin lagi. Jangan-jangan dorang Shah dan kamal ni pasangan kot?" Rosnah menyindir Jamilah sambil matanya melihat ke arah lain. "Kau ni Rosnah. Astaghfirullah. Dari dulu sampai sekarang mulut kau ni memang teruk. Anak aku kau cakap macam tu. Lagi-lagi anak Pak Tam tu. Budak tu bukan main baik dengan kau tau tak. aish buanglah pemikiran tak tentu tu Ros. Bawa-bawa lah bertaubat. Kita ni tak lama ke kubur dah jawabnya". Jamilah menggeleng melihat Rosnah. Jiran merangkap kawannya sejak dulu memang mulut laser. Pantang ada ruang untuk mereka cerita. "Anak kau bila balik? asyik cerita pasal anak aku je. Bagitau la ehwal anak ko pula. Entah-entah dah ikut negro pergi Afrika". Puas hati Jamilah membalas sindiran Rosnah. Rosnah yang sejak tadi tersengih mula terdiam. Dia mula menggaru kepalanya yang sebenarnya taklah gatal. Hanya gerakan spontan sementara mencari jawapan untuk soalan Jamilah. "Farah ada telefon semalam. Katanya bulan depan dia balik. Dah habis dah pengajian dia kat Kuala Lumpur tu. Bagus lah juga dia dah nak balik. Anak lelaki aku kat rumah ni tak boleh harap. Asyik lepak je kerjanya". Rosnah mengeluh seketika mengenang nasibnya. Jamilah hanya diam. Dia tahu perihal anak lelaki Rosnah yang memang menjadi buah mulut org kampung.

        "Eh,si Farah dah nak balik? Wah! Bagus la macam tu. Ada juga tolong kau kat dapur nanti kan". Jamilah sengaja mengubah topik untuk tidak menambah rasa sedih jirannya itu. "Apa kata kita jodohkan anak kau si Shah tu dengan Farah?" Rosnah tiba-tiba mengetengahkan pendapatnya. Jamilah tersentap. Bukan sekali dia pernah cadangkan perkara yang sama dengan Shah.

      "Apa kurangnya anak makcik Rosnah tu Shah?"  terngiang di telinga Jamilah saat perbualan dia dengan Shah satu ketika dahulu. "Mak..Shah dah kenal Farah tu sejak kecil la mak. Shah dah anggap Farah tu dah macam adik Shah sendiri. Tak kan la mak nak suruh Shah kawin dengan Farah". Jamilah terdiam tanda setuju dengan kenyataan Shah. Memang sejak kecil Shah dan Farah telah membesar bersama. Shah yang merupakan anak tunggal selalu kesunyian di rumah mereka. Farah dan Kamal adalah keceriaan Shah sejak kecil walaupun mereka bukan adik beradik kandung.

       "Hey orang tua! kau termenung dah jauh ke mana tu Milah? Ya Allah..Dah umur macam ni ada angan-angan lagi ke?" Rosnah menepuk belakang Jamilah yang sejak tadi termenung. "Eh,minta maaflah Rosnah. Aku cuma cuba nak ingat mcm mana nak buat tempoyak. Maklumlah dah tua-tua ni. Dah nak hilang ingatan. Jom la masuk rumah aku. Kau tolong aku buat tempoyak ye Ros" Jamilah cepat menukar angin perbualan mereka sebentar tadi. Rosnah tanpa banyak bicara melangkah naik ke rumah Jamilah. Jamilah hanya memandang sambil melangkah dan sempat berpaling ke arah pondok tempat mereka duduk sebentar tadi. Tersedik di dalam hatinya 'Abang,alangkah baiknya jika abang masih hidup' .

PART 1

         "Hello?" "Shah! Ya Allah kau tak bangun lagi ke? Dah nak jam 4 ni!" Shah menoleh ke arah jam. "Kenapa la engkau tak kejutkan aku jam 3 tadi. Ni dah pukul 4 baru nak kecoh" Shah berseloroh untuk meng'cover' kelambatannya. "Bertuah punya budak. Aku dah kejut kau dari jam 2 pagi lagi la. Dah-dah engkau cepat bersiap, dalam 15 minit aku sampai" Shah tersenyum memikirkan kawan baiknya Kamal. Sejak dari dulu Kamal memang jenis menepati masa. Sejak semalam lagi Kamal dah pesan supaya dia bangun awal. Well, Shah tetap Shah. Sambil ketawa kecil Shah menuju ke bilik mandi.

          Sambil Kamal menguruskan tiket mereka di kaunter, Shah berjalan melihat keadaan sekeliling. Suasana lapangan terbang antarabangsa Kota Kinabalu agak sunyi. Maklumlah baru jam 4.30 pagi. Shah dan Kamal akan berlepas ke Kuala Lumpur untuk bercuti. Terdengar gelak Kamal yg sedang bergurau dengan si cantik di kaunter check-in,Shah menoleh sambil tersenyum. Mereka telah merancang untuk pergi makan angin bersama sejak 3 bulan yg lepas. Persahabatan mereka terjalin sejak kecil lagi. Bagai aur dengan tebing,dua sahabat ini sukar di pisahkan. Sejak masih mentah,masuk sekolah tadika,sekolah rendah,sekolah menengah malah di universiti sekalipun mereka tak pernah berpisah. "Engkau termenungkan apa tu Shah? Ini boarding pass kau,kita duduk sebelah menyebelah je." " Alah apsal la tak duduk berasingan ni. Tak peluang la nak usha-usha awek kalu macam ni" Shah berceloteh sambil mengenyit mata ke arah Kamal. " Haha. Engkau ni Shah. Sabar la dulu. Nanti sampai kat sana baru kita mulakan misi. Kat sini buat macam biasa dulu." Sambil bergelak ketawa dua sahabat ni bergerak masuk untuk boarding.


        "Shah,hujung bulan ni anak Mak Usu kamu kawin. Kamu dah tau kan?" Jamilah bertanya kepada anak kesayangannya. Shah merupakan anak tunggal Jamilah. Sejak pemergian arwah suaminya Shah la satu-satunya pengubat jiwa dan penenang hati untuknya. " Dah mak. Shah dah amik cuti awal lagi. Nanti kita pergi awal ya mak. Mesti Mak Usu gembira tengok mak datang awal." Shah mengambil tempat di sebelah ibunya sambil menantikan jawapan ibunya. " Hmm,mak ikut je kamu Shah. Asalkan kerja-kerja kamu kat pejabat tu tak terganggu." Shah tersenyum. Sejak awal lagi dia dah tau jawapan ibunya. Sejak pemergian ayahnya,Shah la yang menguruskan hal keluarga dan rumah mereka. Ibunya hanya memeberi pendapat dan selebihnya di serahkan pada Shah. "Yang kamu ni Shah,bila kamu nak kawin. Kamu bukan muda lagi Shah. Kesiankan la mak ni. Mak dah tua. Bosan mak duduk sorang kat rumah ni kalau kamu tak ada." Shah serba salah dengan permintaan ibunya. Sejak akhir- akhir ni ibunya selalu bertanya hal yang sama. Bukan dia tak nak kawin,cuma belum ada jodoh yang sesuai. "Mak,Shah janji akan cari menantu mak cepat-cepat. Mak jangan runsingkan fikiran mak pasal hal ni. Mak fikir mcm mana nak masak je,Shah dah lapar ni." Sambil tergelak Shah memanjakan diri depan ibunya. Jamilah tersenyum melihat anaknya. 'Ya Allah,kau temukan la jodoh anakku secepat mungkin..Amin..' bisik Jamilah dalam hatinya.
       "Boleh saya bantu,encik nak minum apa?" Tersentak dari lamunan,Shah menoleh tanpa menjawab. Setelah berfikir sejenak Shah menunjukkan isyarat yg dia tak perlukan apa-apa buat masa ni. Kamal sejak dari awal penerbangan lagi dah lelap. Shah menjeling jam di tangannya. ' Aih,lagi sejam ni baru sampai' hatinya berbisik. Shah sekali lagi menoleh ke arah Kamal. Dia tersenyum kemudian mula menutup mata mengikut jejak sahabat baiknya.

Tuesday, 5 July 2011

Intro...

Salam perkenalan buat semua hahaa..
Ku test2 ja ni x tau jadi ka x..
hahahaa hantam saja la...
Ni cerita bed time story garuda..
Kalo bukan bed time story pun x apa..LOOL