Wednesday, 13 July 2011

PART 7

         "Aduh. Mana lah driver ni. Selalu awal je sampai" Diana bersungut. Diana telah sampai di lapangan terbang antarabangsa Kuala Lumpur sejak setengah jam yang lalu. Dia telah cuba berkali-kali untuk menghubungi ibu pejabat namun tiada sebarang jawapan. Diana mengorak langkahnya menuju ke sebuah restoran yang terdapat di lapangan terbang tersebut. Kepenatan menunggu mengundang rasa lapar. Diana memesan makanannya kemudian memilih untuk duduk di sudut restoran tersebut yang menghala ke arah luar lapangan terbang. Matanya ligat mencari kelibat kereta syarikatnya. Dia hampa sekali lagi bila yang di tunggu tak muncul tiba.

          "Makan dululah. Kalau tak ada juga,baik aku naik teksi je lah" ujar Diana seorang diri. Sekejap kemudian makanan yang di pesan telah sampai. Diana sempat mengintai sekali lagi ke arah luar sebelum mula menjamah hidangannya. Dia menggeleng dan mendengus kecil sekali lagi sebagai tanda kecewa.

         Ketika Diana menoleh sekali lagi ke arah luar,matanya tertumpu pada sebuah kereta yang baru sahaja sampai. Pemandunya adalah seorang wanita muda dan di tumpangi oleh dua orang lelaki. Mereka keluar dari kereta dan bergelak ketawa. Diana tersenyum apabila telinga salah seorang daripada lelaki tersebut di tarik oleh wanita tersebut. Kedua lelaki tadi melambai ke arah wanita tadi sebelum pergi meninggalkannya. Teringat saat ketika ayah dan ibunya menghantar ke lapangan terbang Kota Kinabalu pagi tadi.

         "Diana, kamu jaga diri baik-baik ya. Ibu risau la" Salamah berpesan pada Diana. "Alah mummy ni. Bukan baru sekali ni Diana pergi sorang. Kan dah selalu dah" Diana cuba menenangkan ibunya.

       "Mummy tau Diana. Cuma entah la. Mummy rasa tak sedap hati je." Salmah mengeluh. Mungkin kerana dia tak mahu kesunyian dengan ketiadaan anak perempuan kesayangannya.

        Lamunan Diana terhenti apabila telefon bimbitnyab berbunyi. Ternyata dia hampa. Ayahnya telah menghantarkan mesej pesanan ringkas memberitahu bahawa kereta syarikat mengalami masalah dan di bawa ke bengkel terlebih dahulu. Diana mengeluh lemah. Ternyata dia mempunyai hanya dua pilihan sekarang. Sama ada terus menunggu atau pun memilih teksi sebagai jalan kedua. Diana lantas membuat keputusan memilih untuk menaiki teksi lalu bangun dan menarik begnya.

          Diana pantas bergerak. Keletihan menunggu membuatnya rasa tidak selesa. Ketika cuba mengelak orang ramai yang menghalang jalannya, Diana telah tersilap langkah dan terpijak kaki salah seorang yang ada di situ. Lelaki tersebut terjatuh di ikuti oleh Diana. Isi beg tangannya jatuh dan berselerak di atas lantai. Dengan muka yang merah Diana bangun dan meletakkan semula semua barang miliknya ke dalam beg tangannya.

         "Saya minta maaf" lelaki tadi bersuara. Diana tidak menjawab. Diana sedar bahwa dia lah sebenarnya yang telah melakukan kesalahan.

        "Awak ok tak?" lelaki tadi menambah. Diana hanya menganggukkan kepalanya.

       "I pergi dulu ya. Nak cepat ni." Diana malu untuk bersemuka wajah dengan lelaki tersebut. Diana tanpa menambah lantas bingkas bangun. Dia tidak mahu menoleh kerana berasa malu dengan kejadian tersebut. sempat dia menjeling ke arah orang ramai yang nampaknya tertawa melihat gelagatnya sebentar tadi.

         Setelah menaiki teksi,Diana menghembus nafas lega. 'Malang sungguh nasib aku hari ni' jerit Diana di dalam hatinya. Terasa sakit hatinya dengan apa yang sebentar tadi. Diana menutup matanya dan menarik nafas perlahan. Setelah hampir 1 jam perjalanan Diana telah sampai ke hotel penginapannya. Diana meletakkan begnya dan baring. "Lupa pula call mummy" Diana baru teringat. Ketika mencari telefon bimbitnya, Diana terpandang sesuatau. "Eh? Dompet?" Diana kehairanan. Setahunya dia tak pernah memiliki dompet seperti itu.

No comments:

Post a Comment