Thursday, 7 July 2011

PART 4

      Sesak. Perkataan yang sesuai untuk suasana di tengah kota Kuala Lumpur. Shah dan Kamal berjalan tanpa destinasi tetap. Mereka hanya ingin membuang masa sambil mencuci mata melihat barang yang di promosi di kedai-kedai. Sesekali Kamal membeli barang kegemarannya sekiranya di temui.


    "Apa yang engkau kata suprise tu?" Shah bertanya pada Kamal di saat mereka membelek kasut di kedai jenama. Dia teringat akan kata-kata Kamal sewaktu mereka bersiap di hotel.

    "Ooh! Hmm hampir aku lupa. Lepas ni kita nak pergi jumpa seseorang. Aku rasa dah sampai masa aku bagitau ko hal ni. Haha". Kamal tersengih. 'Apalah suprise dia ni' bisik Shah dalam hati sambil menyerahkan kasut pada Kamal. "Aku dah lapar la Kamal". Shah menggosok perutnya sambil menepuk belakang Kamal. "Ai? Baru je pun kita sarapan tadi. Aish engkau ni memang perut gajah la haha" Kamal ketawa terbahak-bahak. "Ok jom lah. Lagipun orang tu dah nak sampai. Kita pergi gerai tempat biasa tu ok. Macam zaman dulu-dulu" Kamal mengorak langkah ke kaunter pembayaran untuk membayar kasut yang baru di pilihnya. 'Macam dulu-dulu? Eh ni mesti ada something ni' Shah cuba mencari jawapan kepada kata-kata Kamal sebentar tadi dalam hatinya. 

      "Dah la,kau tunggu je nanti. Kejap lagi dia sampai" Kamal tersenyum sambil matanya peka mencari teksi yang lalu lalang. Sebentar kemudian sebuah teksi berhenti dan mereka menaikinya. " Ada kaitan dengan aku ke suprise ko ni?" Shah masih tidak berpuas hati dengan gelagat Kamal yang seperti menyembunyikan sesuatu daripadanya. " Ish,kau tak faham bahasa ke apa? Relax je la Shah haha" Kamal masih tidak mahu mengalah. Baginya melihat muka sahabatnya kehairanan adalah hiburannya sejak dari dulu lagi. Shah mengalah. Setelah hampir 15minit mereka sampai ke destinasi. Shah membayar harga teksi sementara Kamal menjawab panggilan telefon. Kemudian keduanya bergerak ke gerai yg di tuju.

     "Wah dah berubah gerai ni kan. Lebih cantik dari dulu" Kamal berkata dengan nada kagum. Shah mengangguk tanda setuju. "Dah lama tak pegi sini sejak kita habis study kan? 4 tahun kita makan kat sini haha" Shah berkata perlahan sambil memetik jarinya. "Tu la pasal aku bawa kau datang sini Shah.Kira suprise tambahan la untuk ko haha" Kamal menjawab pantas. "Eh shah,ko oder dulu sementara aku amik orang tu. Aku nak nasi goreng pataya ok" Kamal bangun meninggalkan Shah tanpa sempat Shah menjawab arahannya. 'Gila dia ni. Sapa lagi yang dia ajak makan sekali pun tak tau' Shah merengus dalam hati.


    "Assalamualaikum abg Shah" suara manis kedengaran. Shah berpaling dan pantas menutup mulutnya. Kalau tak satu KL akan dengar jeritannya. " Waalaikusalam..Farah! Haha! Ooo ni la suprise kau ya Kamal!" Shah menepuk dahi Kamal. "Ok tak? Kira memang jadi la suprise aku kan? Haha" Kamal ketawa berdekah melihat telatah Shah. 

    Shah menyambut telapak tangan Farah yang bersalaman dengannya. Farah mencium tangan Shah tanda kasih dan hormatnya pada orang yang di anggap seperti abang kandungnya sendiri. Sejak dari zaman kanak-kanak mereka bertiga telah bersama. Shah yang berumur lebih tua adalah seperti abg sulung pada kamal dan Farah. "Ohh patut Kamal kata macam dulu-dulu" Shah teringat kata Kamal sewaktu di kedai kasut tadi. Gerai tersebutlah tempat pertama Farah di bawa oleh kedua mereka sewaktu mula-mula menjejak kaki di Kuala Lumpur. Selepas setahun Shah dan Kamal telah tamat pengajian dan Farah sendiri sudah lama tidak singgah ke gerai kenangan mereka.

      "Kamu sihat ke Farah?Lama abg tak dengar cerita kamu ni. Walau rumah kita sebelah menyebelah makcik Ros jarang cerita pasal kamu ni" Shah memulakan perbualan mereka. " Alah abg bukan tak tau perangai mak Farah tu. Dia lebih suka jaga tepi kain orang dari kain anak sendiri ni" farah menjawab dengan nada sedikit kesal. "Farah,tak baik cakap macam tu. Macam mana pun dia mak farah juga" Kamal menyampuk.  Farah mengangguk tanda setuju. "Hmm Shah,mcm ni. Kita makan dulu. Ada benda kami nak bagitau lepas makan nanti" Kamal memandang shah menanti jawapannya. "Ok. No problem! Yang penting hari ni dompet aku simpan. Aku nak makan banyak-banyak ni. Korang dua pilih la sapa nak bayar haha!" Shah menepuk kedua bahu Farah dan Kamal. Dengan muka masam Kamal membuat isyarat bahawa dia akan membayarnya nanti.  



No comments:

Post a Comment