Wednesday, 13 July 2011

PART 8

          "Dah siap ke Kamal?" Shah menoleh ke arah Kamal sambil menarik zip begnya. Kamal menunjukkan isyarat thumbs up kepada Shah. Mereka bergegas menuju ke lobi hotel. Kelewatan bangun menyebabkan mereka kelam kabut. Mujur juga Farah cepat menelefon mereka. Setelah semua barang di letakkan di dalam bonet kereta Farah menghidupkan semuala enjin keretanya. Farah memang telah arif selok belok jalan di Kuala Lumpur.

        "Nasib baik Farah ingat nak call semula korang kan. Kalau x lagi satu malam la kat Kl jawapnya" Farah ketawa melihat gelagat mereka berdua. Shah dan Kamal saling menyalahkan di antara mereka kerana lewat bangun.

     "Alhamdulillah. terima kasih ya Farah. Kalau tak terpaksa la Kamal keluarkan duit lagi untuk bayar hotel haha" ujar Shah. "Pandai la engkau Shah. Kau yang lewat tidur kan. Mengelamun la tu semalam. Entah awek mana" kata Kamal bersahaja. Farah hanya tersenyum melihat mereka. Memang di ketahui mereka dua jenis susah nak bangun.

      "Farah tak boleh lama ni tau. Farah cuma drop korang kat airport je. Pastu Farah kena pergi sebab Farah ada kelas" jelas Farah. "Ok.Ni pun dah kira ok la ni syg. Nasib juag Farah ada. Kalau tak susah la kami" jawab Kamal.

          Farah membelokkan keretanya masuk ke dalam kawasan lapangan terbang antarabangsa Kuala Lumpur. Setelah memasuki ruang parking sementara untuk menurunkan penumpang,Farah turun untuk membantu Shah dan Kamal menurunkan beg mereka.

         "Jangan nakal ya. Jangan cuba nak mengorat dan membiarkan diri di ngorat orang" sempat Kamal memberi pesanan kepada Farah. Farah mencebik mukannya ke arah Kamal sambil tangannya menarik telinga Kamal. Shah hanya tertawa melihat gelagat mereka. Dia tau mereka cuba  mengelak perasaan tidak mahu berpisah di depannya.

        "Bye Farah" Shah melambaikan tangannya apabila Farah telah masuk semula ke dalam keretanya.

          Mereka berdua bergegas menuju ke kaunter check-in . " Kamal,aku nak pergi toilet dulu ok" ujar Shah dan terus bergerak tanpa menunggu jawapan kamal. Shah bergerak pantas menuju ke salah satu tandas yang terdapat di situ.

          "Dah ke?"  tanya Shah kepada Kamal sebaik sahaja dia selesai. "Dah..Ni boarding pass kau. Nah ambil balik IC kau ni" serah Kamal kepada Shah sambil bergerak maju. Shah menyimpannya ke dalam poketnya dan mengejar kawannya yang pantas bergerak itu. Shah teringat tentang kad pengenalannya yang belum di simpan kembali ke dalam dompetnya. Dia mengeluarkan dompetnya sambil matanya mengekori pergerakan Kamal. Setelah menyimpan kad pengenalannya, Shah mendongakkan kepalanya mencari lokasi Kamal.

          Tiba-tiba Shah terasa kakinya di pijak dan belum sempat dia menoleh badannya di langgar. Shah terjatuh. Dia menoleh. Seorang wanita muda yang telah melanggarnya. Dia rasa bersalah. Mungkin ini kecuaiannya tadi kerana tidak memandang ke depan.

          "Saya minta maaf. Awak ok tak?" Shah memberanikan diri bersuara. Namun wanita tersebut tidak menjawab. Shah hanya memandang wanita tersebut mengutip barangnya sementara dia masih terduduk. Terasa olehnya untuk membantu tetapi segan.

          "I pergi dulu ya. Nak cepat ni" hanya itu yang keluar dari mulutnya. Barulah Shah terpandang wajah wanita tersebut. Shah tergamam. Entah apa yang di rasakan di dalam hatinya. Wanita tersebut berlalu pergi tanpa menambah apa-apa lagi kepadanya.

          "Kenapa engkau ni duduk sini?" Shah terkejut apabila Kamal menepuk bahunya. Dia tidak berkata apa. Matanya cuba mencari kelibat wanita tersebut namun gagal.

       "Tak ada apa-apa lah. Jom" jawab Shah ringkas. Fikirannya hanya terbayangkan wanita tadi. Sesuatau telah terasa dalam hatinya buat pertama kali dalam hidupnya. 'Apa yang aku rasa ni' bisik Shah dalam hatinya sambil masih mencari kelibat wanita tadi.



"

No comments:

Post a Comment