"Hello?" "Shah! Ya Allah kau tak bangun lagi ke? Dah nak jam 4 ni!" Shah menoleh ke arah jam. "Kenapa la engkau tak kejutkan aku jam 3 tadi. Ni dah pukul 4 baru nak kecoh" Shah berseloroh untuk meng'cover' kelambatannya. "Bertuah punya budak. Aku dah kejut kau dari jam 2 pagi lagi la. Dah-dah engkau cepat bersiap, dalam 15 minit aku sampai" Shah tersenyum memikirkan kawan baiknya Kamal. Sejak dari dulu Kamal memang jenis menepati masa. Sejak semalam lagi Kamal dah pesan supaya dia bangun awal. Well, Shah tetap Shah. Sambil ketawa kecil Shah menuju ke bilik mandi.
Sambil Kamal menguruskan tiket mereka di kaunter, Shah berjalan melihat keadaan sekeliling. Suasana lapangan terbang antarabangsa Kota Kinabalu agak sunyi. Maklumlah baru jam 4.30 pagi. Shah dan Kamal akan berlepas ke Kuala Lumpur untuk bercuti. Terdengar gelak Kamal yg sedang bergurau dengan si cantik di kaunter check-in,Shah menoleh sambil tersenyum. Mereka telah merancang untuk pergi makan angin bersama sejak 3 bulan yg lepas. Persahabatan mereka terjalin sejak kecil lagi. Bagai aur dengan tebing,dua sahabat ini sukar di pisahkan. Sejak masih mentah,masuk sekolah tadika,sekolah rendah,sekolah menengah malah di universiti sekalipun mereka tak pernah berpisah. "Engkau termenungkan apa tu Shah? Ini boarding pass kau,kita duduk sebelah menyebelah je." " Alah apsal la tak duduk berasingan ni. Tak peluang la nak usha-usha awek kalu macam ni" Shah berceloteh sambil mengenyit mata ke arah Kamal. " Haha. Engkau ni Shah. Sabar la dulu. Nanti sampai kat sana baru kita mulakan misi. Kat sini buat macam biasa dulu." Sambil bergelak ketawa dua sahabat ni bergerak masuk untuk boarding.
"Shah,hujung bulan ni anak Mak Usu kamu kawin. Kamu dah tau kan?" Jamilah bertanya kepada anak kesayangannya. Shah merupakan anak tunggal Jamilah. Sejak pemergian arwah suaminya Shah la satu-satunya pengubat jiwa dan penenang hati untuknya. " Dah mak. Shah dah amik cuti awal lagi. Nanti kita pergi awal ya mak. Mesti Mak Usu gembira tengok mak datang awal." Shah mengambil tempat di sebelah ibunya sambil menantikan jawapan ibunya. " Hmm,mak ikut je kamu Shah. Asalkan kerja-kerja kamu kat pejabat tu tak terganggu." Shah tersenyum. Sejak awal lagi dia dah tau jawapan ibunya. Sejak pemergian ayahnya,Shah la yang menguruskan hal keluarga dan rumah mereka. Ibunya hanya memeberi pendapat dan selebihnya di serahkan pada Shah. "Yang kamu ni Shah,bila kamu nak kawin. Kamu bukan muda lagi Shah. Kesiankan la mak ni. Mak dah tua. Bosan mak duduk sorang kat rumah ni kalau kamu tak ada." Shah serba salah dengan permintaan ibunya. Sejak akhir- akhir ni ibunya selalu bertanya hal yang sama. Bukan dia tak nak kawin,cuma belum ada jodoh yang sesuai. "Mak,Shah janji akan cari menantu mak cepat-cepat. Mak jangan runsingkan fikiran mak pasal hal ni. Mak fikir mcm mana nak masak je,Shah dah lapar ni." Sambil tergelak Shah memanjakan diri depan ibunya. Jamilah tersenyum melihat anaknya. 'Ya Allah,kau temukan la jodoh anakku secepat mungkin..Amin..' bisik Jamilah dalam hatinya.
"Boleh saya bantu,encik nak minum apa?" Tersentak dari lamunan,Shah menoleh tanpa menjawab. Setelah berfikir sejenak Shah menunjukkan isyarat yg dia tak perlukan apa-apa buat masa ni. Kamal sejak dari awal penerbangan lagi dah lelap. Shah menjeling jam di tangannya. ' Aih,lagi sejam ni baru sampai' hatinya berbisik. Shah sekali lagi menoleh ke arah Kamal. Dia tersenyum kemudian mula menutup mata mengikut jejak sahabat baiknya.
hihi..mcm aku kenal ja 2 watak tu...cpt2 buat sambungan dia...wahahaha
ReplyDeletetiba-tiba pula ko kenal..(=_=)"
ReplyDeletemcm ja ba..mcm ko kisah ko ma bff ko ja..tp kena tukar sikit2 la...wahahaha..ada watak aku ka tu
ReplyDelete