"Ok. Kalau ada apa-apa masalah you call i balik. Bye" Diana menarik nafas lega. Urusannya dengan pihak syarikat perkongsiannya selesai. Diana menarik nafas tanda berpuas hati. Terpandang bingkai gambar di atas mejanya Diana tersenyum. Rasa rindu mula menguasai hatinya apabila teringat Daniel. Perkenalannnya dengan Daniel bermula apabila ayahnya memperkenalkan Daniel sewaktu majlis annual dinner syarikat mereka. Daniel adalah anak kepada kawan baik ayahnya. Perkenalan yang singkat itu membuahkan hasil. Daniel seorang yang caring dan pandai mengambil hatinya. Tanpa berlengah ayahnya menyarankan mereka mengikat perhubungan itu dengan pertunanngan. Diana bersetuju tanpa banyak bicara kerana memang tak pernah ada lelaki dalam sejarah hidupnya. Diana memandang Daniel sebagai seorang yang boleh di beri tanggungjawab. Cuma satu yang di kesalinya. Pertunangan mereka terasa terlalu lama. Ingin sahaja dia meminta pada ayahnya untuk mempercepatkan perkahwinan mereka. 'Alamak! I dan janji dengan Zarina!' Diana tersedar dari lamunannya melompat bangun dari tempat duduknay kerana teringat janjinya untuk keluar makan tengahari dengan kawan sekolejnya dahulu. Diana pantas mencapai beg tangannnya dan meluru keluar.
"Kenapa you lambat?' Zarina menarik muka masam apabila Diana tiba di restoran. "I'm sorry Ina..banyak sangat kerja tadi. Takpa hari ni i belanja ok" Diana memujuk kawannya sebaik mungkin. Mereka adalah rakan sekolej ketika masing-masing melanjutkan pelajaran dahulu.
"Good.I tak merajuk dah haha" Zarina berseloroh. "I dah oder tadi.You nak apa?" Zarina berisyarat memanggil pelayan restoran sambil menunggu jawapan Diana. " I nak mee goreng je lah.Pagi tadi dah makan nasi lemak dengan daddy i" Diana memesan makanan kemudian mencuit bahu Zarina.
"Esok i pergi KL tau. You ada nak kirim apa-apa tak?" ujar Diana.
"Hmm you pergi sampai bila?Buat masa ni takde lah Diana. Lagipun husband i kan baru je balik. Dah macam-macam dia belikan untuk i tau" jawab Zarina sambil mulutnya mengunyah hidangan. "You pergi sorang?" Zarina menambah.
"Aah la sorang. Tak lama pun.4 hari je. Selesai urusan i balik je terus. Takde apa nak cari pun kat sana. Dah boring dah i turun kat sana. Lainkali nak suggest buat meeting kat Hong Kong " Diana mengeluh. Zarina hanya tersenyum mendengar luahan Diana. memang di akui Diana kerap terbang ke KL untuk urusan perniagaannya.
"Daniel apa khabar? I dengar dia balik masa birthday you. So sweet" Zarina mengubah topik perbualan mereka.
"Macam biasa je lah Ina. Sibuk memanjang. Alah i tau dia balik pun sebab daddy i yang minta. Cuma i tak cakap sangat la pasal tu depan Daniel. Asalkan dia dah ada depan mata kira dah ok la" Diana menjawab bersahaja. Zarina mengangguk tanda faham.
"Sabar je lah Diana. You bukan tak tau kerja Daniel tu. Memang macam tu. Tunggu je lah. Lagipun korang dah bertunang. Kalau i ni you Diana,sampai 10 tahun pun i sanggup tunggu. Daniel tu dah la handsome,berkarisma,ada gaya. Tambah lagi dia sweet! Perrgghh!! Dan yang penting banyak duit haha! Rugi kalau lepaskan" ujar Zarina sambil matanya membulat memandang Diana. Diana terdiam sejenak. 'Bukan itu semua yang i pandang pada Daniel ' bisik hati kecil Diana. Diana akui semua yang di katakan Zarina benar. Namun dia bukan jenis wanita yang memandang itu semua. Apa yang dia mahu cuma Daniel sentiasa menemani dan menyayanginya di sisi. Hubungan jarak jauh ini amat menyeksakannya. Apatah lagi melihat pasangan lain di depan matanya. Terkadang hatinya sayu memikirkan keadaannya. Bagaimanakah rasanya terasa kesunyian walupun hatinya telah di serahkan sepenuhnya kepada yang di cintai.
"Yelah2." jawab Diana pendek. Dia tidak mahu berbicara panjang mengenai perkara itu lagi.
"Marah ke?" Zarina menambah.
"Marah kalu you tak bayarkan lunch i ni haha" Diana bijak menukar angin perbualan mereka.
Kedua sahabat ketawa bersama. Setelah selesai makan tengahari Diana menghantar Zarina ke pejabatnya. Sepanjang perjalanannya kembali ke pejabat Diana mengelamun jauh. Teringatkan perbualan bersama Zarina tadi membuatkannnya gelisah. Haruskah dia menurut kata kawannya atau membuat langkah sendiri. 'Aaargghh!' jerit hati kecilnya. Diana hanya mampu termenung. Di saat dia menunggu giliran untuk bergerak di kawasan lampu isyarat,telinganya menangkap suara merdu. Suatu lafaz yang sudah jarang di dengarnya. Ya,suara azan berkumandang syahdu. Diana tersentap. 'Kenapa tidak aku memohon petunjuk dari Nya?' hatinya bergetar tanda menyesal. Sebaik lampu hijau bernyala Diana memecut. Kali ini dia tersenyum. Pastinya dia telah temui pintu jalan keluar.
nda sabar aku mo baca part6..hihi..cpt2 buat..wakaka
ReplyDeleteSabar la..Pelan2..Isi perut dulu,kalu x otak x berjalan wahahahaha
ReplyDelete