Friday, 15 July 2011

PART 9

          Jamilah tidak duduk senang selepas berita yang di dengarinya dari Kamal itu di ketahuinya lewat petang tadi. Matanya asyik memandang ke halaman rumah kalau-kalau ada kenderaan yang datang. Lebih kurang jam 4 petang tadi Shah telah menghubunginya bahawa dia tidak dapat berlepas pulang hari ini kerana kehilangan kad pengenalannya. Kamal pula terpaksa pulang seorang diri memandangkan esok dia perlu menghadiri mesyuarat penting di pejabatnya. Biarpun sudah di hubungi oleh Shah namun Jamilah tidak dapat menyembunyikan kerisauannya.



      Tidak lama kemudian sebuah kereta masuk ke halaman rumahnya. Jamilah bergegas turun dari rumahnya. Telinganya ingin sangat mendengar cerita sebenar daripada Kamal.

     "Assalamualaikum makcik" ucap Kamal sebaik sahaja dia keluar daripada kereta. Kamal perlahan bergerak ke arah Jamilah sambil menghulurkan tangan.

      "Waalaikumsalam" jawab Jamilah sambil tangannya menyambut  tangan Kamal . Kamal mencium tangan Jamilah yang telah di anggaap seperti ibunya sendiri itu.

    "Naiklah Kamal. Bagitahu makcik apa yang berlaku sebenarnya" Jamilah mempersilakan Kamal naik. Dia tidak mahu berlengah untuk mengetahui cerita sebenar daripada Kamal. Jamilah mempersilakan Kamal duduk.

     "Kamu nak minum apa-apa? " tanya Jamilah. " Tak apa lah makcik. Kamal dah minum dah tadi kat luar" jawab Kamal sambil tersenyum.



      "Apa dah jadi sebenarnya? Macam mana Shah boleh jatuhkan dompet? Dah besar panjang pun ada juga masalah macam ni" Jamilah bertanya namun di tambah dengan ngomelannya.

       "Macam ni makcik. Semua ni pun di luar jangkaan. Dalam keadaan kelam kabut hari tu,Shah tak sengaja jatuhkan dompet. Sekarang ni pihak airport tengah berusaha membantu Shah tu. Makcik jangan risau ok. Shah tau jaga diri kat sana. Lagipun Farah kan ada kat situ" Kamal cuba meyakinkan Jamilah dengan penjelasannya.

      "Makcik bukan apa Kamal. Makcik cuma risau je. Tu kan anak makcik. Satu-satunya anak makcik Kamal" jawb Jamilah lemah. "Shah langsung tak ingat ke dia tercicir kat mana dompet tu?" tambah Jamilah.

      "Shah tak ingat sangat makcik. Lagipun masa tu kami tengah bergegas nak cepat. Siapa sangka benda macam ni boleh jadi. Lagipun sempat juga Shah terlanggar orang yang lalu kat situ. Tak tahu pula kalau..." Kamal tersentak. "Kenapa kamal?" Jamilah memotong apabila meliahat Kamal terhenti sejenak . "Makcik,kalu tak silap Kamal,Shah bagitahu yang dia ada jatuh sekali dengan seorang wanita. Masa tu Kamal cuma sempat tgk Shah duduk kat lantai. tak sempat tengok kelibat wanita tu. Jangan-jangan..." Kamal tidak menghabiskan kata-katanya . Kamal pantas mengambil telefon bimbit daripada poketnya dan mendail nombor Shah.

      Jamilah menunggu perbualan Kamal dan Shah di telefon sambil dia bergerak ke dapur dan mengambil segelas air suam untuk Kamal. Kamal mengisyaratkan tanda terima kasih sambil meneruskan perbualannya dengan Shah. Setelah beberapa lama telefon di matikan dah Kamal menarik nafas lega.

    "Apa kata Shah ?" tanya Jamilah ingin tahu. Kamal minum seteguk air yang di bawakan untuknya tadi.

     "Kamal dah bagitahu kat Shah tentang perkara pelanggarannya dengan wanita tersebut. Shah kata dia akan usahakan untuk mencari wanita tersebut dan berpesan supaya makcik jangan risau sangat pasal dia" ujar Kamal sambil tersenyum.

     "Baguslah macam tu. Lega sikit makcik rasa. Terima kasih Kamal. Susah-susah kamu singgah ke sini" kata Jamilah.



       "Tak apa la makcik.Dah tanggungjawab saya tengokkan makcik sini. Saya dah janji dengan Shah untuk lawat makcik kat sini" jawab Kamal dengan tenang. Jamilah hanya mengangguk. Hatinya tetap risau dengan ketiadaan Shah di sisinya. Dia tau bukan sekali Shah tak ada untuk menemankannnya. Tapi situasi kali ini berbeza.

      Setelah Kamal berlalu pergi meninggalkan rumahnya,Jamilah masih tetap duduk di tangga rumahnya. Fikirannya mengelamun jauh. Terasa kali ini pemergian Shah amat berlainan dari sebelumnya. Dia tidak mampu meneka apakah perasaan yang di rasanya sekarang ini. Apa yang mampu di lakukannya hanya berdoa ke hadrat  Ilahi agar Shah di lindungi walau apa pun situasinya. Jamilah melepaskan keluhannya yang terakhir. Dia bingkas bangun menuju ke dalam rumahnya. Sekali lagi matanya memandang ke arah pondok lama di depan rumahnya. Sambil menutup pintu,fikiran Jamilah kembali melayang mengimbas masa lalu.

No comments:

Post a Comment